Jumaat, Mac 20, 2009

Al Fatihah

Ketua Penerangan DPPN9 yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Tampin, Negeri Sembilan, Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin telah kembali menemui ALLAH jam 11.20 malam tadi (khamis) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Disyaki akibat demam denggi.



Kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan boleh menziarahi jenazah almarhum di rumah mertua almarhum, Tn Hj Kassim (Rembawi) di Gedung Lalang, Ampangan, Seremban.



Menurut ipar beliau, Ustaz Suhaimi Kassim, jenazah akan di sembahyangkan di Masjid Paroi Jaya selepas Solat Jumaat.



Pemergian almarhum adalah satu kehilangan besar bagi Pemuda PAS Negeri Sembilan kerana ketokohan dan sifat kepimpinan beliau. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh nya dan ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin.

Baca Selanjutnya...

Jumaat, Januari 30, 2009

Turkish PM Erdogan storms out of Gaza debate



Turkey's prime minister has returned home from the World Economic Forum in Davos to a warm welcome after he stormed out of a debate over Israel's war on the Gaza Strip.

More than 5,000 people, many waving Palestinian and Turkish flags, greeted Recep Tayyip Erdogan after his aeroplane touched down early on Friday.

Erdogan walked out of a televised debate on Thursday with Shimon Peres, the Israeli president, after the moderator refused to allow him to rebut Peres' justification about the war.

Before storming out, Erdogan told Shimon Peres, the Israeli president: "You are killing people."

Baca Selanjutnya...

Rabu, Januari 21, 2009

UCAPAN TERIMA KASIH BUAT PETUGAS PEMUDA PAS N9

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPNS) dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas-petugas pemuda yang turut serta membantu kerja-kerja pilihanraya kecil (PRK) 036 Kuala Terengganu baru-baru ini. Bagi pihak DPPNS, amat berbangga dengan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada petugas-petugas pemuda untuk membantu bagi memperkasakan barisan petugas-petugas PAS Negeri Sembilan yang dihantar oleh Badan Perhubungan PAS Negeri ke Kuala Terengganu.

Ucapan terima kasih ini juga turut ditujukan kepada semua yang turut membantu di dalam menyumbang wang ringgit dan doa yang berterusan walaupun tidak sempat untuk bersama-sama berada di Kuala Terengganu. Apa yang pasti semuanya bertindak dan bergerak di atas hasrat yang sama iaitu untuk memastikan kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat di PRK 036 Kuala Terengganu dengan memberi sumbangan tenaga, idea, wang ringgit dan apa jua bentuk sumbangan ke arah kemenangan yang diharapkan.



Semoga kerja kuat petugas-petugas pemuda memperolehi keredaan dan ganjaran Alllah swt seterusnya diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan Islam bagi seluruh rakyat di Negara ini.



Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan khas buat teman-teman pemuda Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan yang turut bersama-sama membantu di dalam kempen PRK 036 Kuala Terengganu. Natijahnya, kemenangan telah pun berpihak kepada calon PAS dan ia adalah kemenangan buat semua petugas serta rakyat Malaysia seluruhnya yang mencita-citakan keadilan dan kesejahteraan.



“Berubah Untuk Kemenangan Rakyat”



Daripada :

Mohd Taufek bin Abd Ghani

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Baca Selanjutnya...

Ahad, Januari 18, 2009

P'raya kecil KT cermin 'mood' politik negara

Cita-cita pembangkang untuk mengambil alih kuasa mendapat anjakan yang memberangsangkan ekoran kemenangan calonnya dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam, yang mengikut para pemerhati, turut menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN).

Kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS - salah sebuah anggota Pakatan Rakyat - dalam pilihanraya kecil tersebut, dilihat sebagai mencerminkan 'mood' politik negara sekarang.

kuala terengganu by election 160109 anwar ibrahimKemenangan itu juga - walaupun tidak menjejaskan kedudukan kerajaan BN - tetapi ia menunjukkan kerajaan gagal menarik semula sokongan rakyat selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac 2008, sekaligus telah mencetuskan desakan supaya dilakukan perubahan dalam BN.

"Kemenangan itu menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan," kata Ketua Pembangkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakatan Rakyat pimpinannya memenangi lima negeri dan lebih satu pertiga kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Kemenangan calon PAS dengan majoriti selesa 2,631 undi semalam adalah ekoran peralihan sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang.

Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Desak perubahan


Kekalahan BN di Kuala Terengganu semalam telah mencetuskan desakan dari bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah supaya dilakukan perubahan segera dalam gabungan BN.

Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas naib presiden Umno itu menyifatkan BN "dimalukan" sekali lagi ekoran kekalahan semalam.

Katanya, walaupun BN kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu - yang juga terburuk dalam sejarah kerajaan - tetapi tidak nampak langsung sebarang perubahan asas dibuat untuk memperbaiki keadaan atau ia menunjukan BN tidak mengambil iktibar daripadanya.

Malah, beliau melihat BN sekarang seolah-olah terambing ambing seperti sebuah bahtera tanpa nakhoda.

Siva Murugan Pandian, seorang penganalisa politik dari Universiti Sains Malaysia pula berkata, kemenangan pembangkang semalam telah memberi satu anjakan besar kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Jika Datuk Seri Anwar dapat memastikan tidak berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat, maka pembangkang boleh mangambil alih kuasa dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sokongan pengundi Melayu

"Tetapi ia hanya boleh berlaku jika peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat berterusan," katanya.

kuala terengganu by election 090109 najibSiva berkata, keputusan semalam juga merupakan satu petanda tidak baik terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang akan mengambil alih jawatan perdana menteri dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selepas pemilihan Umno Mac depan.

Abdullah tidak bertanding dalam pemilihan Umno ekoran desakan kuat dari akar umbi dan kalangan pemimpin tinggi Umno ekoran kekalahan teruk BN, khususnya Umno, dalam pilihanraya umum lalu.

Selepas kesemua 193 bahagian Umno selesai bermesyuarat November lalu, Najib menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.

Tengku Razaleigh yang mahu mencabarnya, gagal mendapat kuota pencalonan yang mencukupi - sebanyak 58 pencalonan. Beliau hanya mendapat pencalonan dari bahagiannya - Umno Gua Musang.

Manakala Bridget Welsh, pakar politik Asia Tenggara di Universiti Johns Hopkin pula berkata kekalahan BN di Kuala Terengganu akan mencetuskan persoalan mengenai peningkatan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.

Reaksi Najib

Ini kerana Najib sendiri mengetuai jentera kempen BN di Kuala Terengganu dan kekalahan BN itu merupakan satu lagi kegagalan kerajaan dalam pilihanraya kecil selepas Permatang Pauh, yang menyaksikan Anwar kembali ke Parlimen.

Ketika mengulas kekalahan calon BN semalam, Najib berkata beliau tidak fikir ia akan memberi kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Najib berkata, beliau juga berkata tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih kuasa dari perdana menteri sekarang.Manakala Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre for Opinion Research, pula menyifatkan keputusan pilihanraya kecil semalam menunjukkan kerajaan BN kini berdepan dengan “jurang kredibiliti” dengan pengundi Melayu yang tidak ditangani oleh para pemimpinnya ekoran percakaran sesama sendiri yang berterusan dalam BN.

Pengundi muda dan pengundi di kawasan bandar khususnya tidak senang dengan masalah rasuah dan kroni yang berterusan, serta kegagalan Abdullah menunaikan janjinya untuk membawa perubahan, termasuk membersihkan pasukan polis dan badan kehakiman.

Ibrahim juga bersetuju bahawa gabungan pembangkang kini mendapat momentum yang amat diperlukan dan membuktikan parti komponennya dapat bekerjsama secara berkesan walaupun wujudkan dakwaan bahawa berlaku keretakan dalam hubungan sesama mereka.

Baca Selanjutnya...

Pakatan Rakyat tubuh Majlis MB, KM

ALOR SETAR: Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) hari ini menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.

Mesyuarat Majlis MB/KM akan diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mesyuarat berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah "Seri Mentaloon" dan dipengerusikan oleh Abdul Khalid.

Azizan kemudianya memberitahu pemberita, kedua-dua majlis berkenaan adalah berupa wadah untuk PR menyelesaikan sebarang isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Lim berkata majlis tersebut akan mengurangkan semangat kenegerian antara negeri yang dikuasai PR selain menjadi landasan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat dan pengalaman.

Abdul Khalid pula berkata penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR. BERNAMA

Baca Selanjutnya...

Nik Aziz Ingatkan, Jangan Keluar Kenyataan Angkuh

KOTA BAHARU, 18 Jan (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin PAS dan komponen Pakatan Rakyat tidak mengeluarkan kenyataan yang angkuh berikutan kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata mengeluarkan kenyataan negatif seperti itu tidak akan membawa gambaran yang baik kepada parti dan menjejaskan persepsi masyarakat terhadap PAS.

"Jangan buat kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan kita buat kerja (memperjuangkan parti) adalah kerana dakwah.

"Kalau dia (pihak lawan) terluka, kita nak paut (pikat semula) dia tidak boleh. Jadi kita kena ingat, kerja kita adalah untuk akhirat," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam. Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan

Nik Abdul Aziz yang bersyukur dengan kemenangan PAS itu berkata kemenangan itu adalah petanda perjuangan PAS mula difahami oleh semua kaum termasuk penyokong DAP.

Beliau berkata ini menunjukkan yang mereka memahami bahawa PAS dan Islam tidak menolak kemajuan seperti digembar-gemburkan oleh pihak tertentu sebelum ini.

Ini dibuktikan sendiri dengan kemajuan dan pembangunan yang dibawa PAS di Kelantan mengikut acuan Islam sejak 1990, katanya.

-- BERNAMA

Baca Selanjutnya...

Wahid: "Saya bukan hero PAS, Pakatan"

MARANG: Ketua PAS Kuala Terengganu, Mohd. Abdul Wahid Endut yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu semalam menolak andaian bahawa beliau merupakan "hero" mempertahankan maruah parti itu dan Pakatan Rakyat.

"Saya bukan hero, saya tidak menganggap diri saya sebagai hero," kata beliau ketika ditemui di Rusila dekat sini pagi tadi selepas beliau mengucapkan selamat jalan kepada pengundi-pengundi dan penyokongnya yang datang dari luar Kuala Terengganu.


Ia merupakan antara perkara dan 'tugasan' awal dilakukan oleh beliau beberapa jam selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.


Beliau yang turut diberikan nama sebagai "MAWI" dijadual mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat bulan depan.

Semalam beliau menewaksan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.


Beliau menang dengan majoriti 2,631 undi.


Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Wan Mustafa Wan Hassan, Mohd. Abdul Wahid memperoleh 32,883 undi, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala Azharudin Mamat hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.


Ia merupakan percubaan pertama beliau di peringkat kerusi Parlimen.


Mohd. Abdul Wahid, 52, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wakaf Mempelam berkata, ada banyak pihak yang sepatutnya dianggap sebagai hero.


"Ada satu hari (Ahli Parlimen Seputeh dari DAP), Teresa Kok berkempen bersama saya dan saya mengatakan beliau sebagai hero kerana berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri... saya bukan hero," kata beliau yang dilihat sebagai pemimpin lapisan PAS untuk peringkat pusat.

Teresa ditahan di bawah akta itu pada September lalu.


Wakaf Mempelam merupakan salah satu daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bahagian Parlimen Kuala Terengganu.


Peningkatan dalam undi di DUN itu dikatakan telah membawa kepada kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat menguasai Kuala Terengganu.


Mohd. Abdul Wahid merupakan ADUN Wakaf Mempelam selama lima penggal.


Ketika ditanya mengenai keutamannya selepas muncul Ahli Parlimen, Mohd. Abdul Wahid berkata, beliau mahu memberi tumpuan ke atas usaha menguasai keempat-empat kerusi DUN bersama kerusi Parlimen Kuala Terengganu.


"Apabila Bahagian Kuala Terengganu diketuai oleh Datuk Wan Abd. Muttalib Embong (kini Penasihat PAS Kuala Terengganu dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu), beliau mahu membuat rekod dengan memenangi kerusi Kuala Terengganu dan semua empat kerusi DUN.


"Pada tahun 2004, apabila saya mengetuai Bahagian Kuala Terenggnu kami hanya menang dua DUN dan meningkat kepada tiga pada 2008.


"Sekarang (semalam) kerusi Parlimen diperoleh dan saya mahu mengulangi rekod 1999 dibuat Wan Abd. Muttalib," katanya.


Mengulas lanjut, Mohd. Abdul Endut juga berkata, pihaknya akan mengatur langkah untuk menawan Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang.


Ketika ditanya sama ada kemenangan semalam menandakan Pakatan Rakyat akan menuju ke Putrajaya dalam waktu terdekat, beliau memberitahu:


"Sasaran saya ialah pada pilihan raya akan datang... kini ada peluang, tetapi bila akan berlaku tidak pasti... sasaran saya ketika pilihan raya umum akan datang," katanya.

Baca Selanjutnya...

Sabtu, Januari 17, 2009

PAS Rampas Parlimen Kuala Terengganu

 KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi.

Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 berbanding Wan Abdul Wahid dengan 86 undi, manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.

Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Baca Selanjutnya...

Proses pengundian di KT ditutup - Malaysiakini


5.00 ptg Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bermula jam 8 pagi ini, ditutupkan tepat jam 5 petang ini. Kesemua kertas undi akan dikira di 143 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini.


4.30 ptg Sebanyak 76 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi.


4.00 ptg Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau 'ditahan' skuad pemantau PAS kerana menyamar sebagai agen tempat mengundi. Berita mengenainya di siarkan dalam Harakahdaily.net hari ini, yang mendakwa Azeez ditahan ketika keluar dari tempat mengundi di SK Pusat Cabang Tiga. Ketika dihubungi Malaysiakini, Azeez berkata ia adalah satu fitnah kerana beliau sepanjang masa berada di pondok panas Tok Ku di DUN Bandar.Baca berita lanjut


2.45 ptg Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.


2.00 ptg Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.


kuala terengganu by election 170109 polling day outside school1.30 t/hari Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Baca berita lanjut.


1.00 t/hari Kemeriahan penyokong petugas BN dan PAS yang dari Terengganu jelas kelihatan di jalan dan tempat membuang undi. Menurut penduduk, pilihanraya umum lalu tidak semeriah hari ini. Penyokong PAS bertakbir dan berselamat, manakala penyokong BN melaungkan gelombang biru.


12.40 t/hari Di DUN Batu Buruk, PKR menyediakan sukarelawan untuk membawa pengundi ke pusat pengundian di sana. Menurut ketua bahagian PKR Batu Burok, Zarawi Embong berkata, keadaan seperti pesta apabila kedua belah pihak bersorak ria antara satu sama lain.


kuala terengganu by election 170109 polling day queue12.30 t/hari Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai.


12 t/hari Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.


11.40 pagi Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.


kuala terengganu by election 170109 polling day wheelchair11.15 pagi Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.


11 pagi Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.

10.30 pagi Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

9.50 pagi Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengundi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.


kuala terengganu by election 170109 polling wan farid 019.00 pagi Di SK Pusat Chabang Tiga station, kira-kira 100 penyokong PAS dan Umno berada di tepi jalan membawa sepanduk dan mengebar bendera parti masing-masing. Mereka saling melaung antara satu sama lain. Penyokong PAS melaungkan ' Allahu-akbar' dan dijawab oleh penyokong Umno dengan laungan "PAS kluk klek", "PAS bohong."


8.50 pagi Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan 'Hidup BN'. 8.30 pagi Keadaan cuaca dilaporkan baik di seluruh Kuala Tetangganu pagi ini. Anggota polis yang ramai kelihatan mengawal di luar beberapa pusat-pusat mengundi.


kuala terengganu by election voting day 170109 wahid voting8.15 pagi Selepas mengundi Wan Farid memberitahu pemberita: "Insya-Allah, pengundi akan mengundi dengan bijak dan memilih kesinambungan melalui BN".


7.50 pagi Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid tiba untuk mengundi SK Bukit Besar. Beliau tiba bersama isterinya, Toh Puan Intan Baizura. Mereka mengundi pada jam 8.05 pagi.


7.45 pagi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di pusat pengundian di SK Pusat Chabang Tiga untuk mebuang undi. Beliau ditemani isterinya dan lima daripada sembilan orang anaknya. Mohd Abdul Wahid berkata beliau datang awal untuk menjadi orang pertama mengundi di situ.

Baca Selanjutnya...

Kereta disyaki bawa pengundi hantu diserbu - Malaysiakini

Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat telah menahan sebuah kereta daripada memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Batas Baru, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, kerana disyaki membawa pengundi hantu.


Timbalan Ketua PKR Terengganu, Razali Alias berkata kumpulan penyokong Pakatan itu menahan kereta tersebut pada kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Beliau berkata, kereta tersebut membawa tiga orang penumpang ketika hendak memasuki kawasan sekolah berkenaan.



Razali berkata, mereka menyerbu ke arah kereta itu ketika ia berhenti di pintu pagar sekolah, kerana ia membawa tiga orang penumpang.

Ditanya mengapa mereka menyerbu kereta tersebut, Razali berkata, mereka berbuat demikian kerana mengesyaki penumpang itu mungkin pengundi hantu.

"Kami terdengar pemandunya memberitahu pengawal di situ yang dia anggota polis dan menunjukkan kad kuasa polis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tidak dibenar mengundi

Katanya, anggota polis itu juga memberitahu pengawal tersebut dan orang ramai di situ yang polis berhak membawa pengundi masuk untuk mengundi.

Selepas itu, kata Razali, kereta tersebut dibenarkan oleh pengawal itu masuk ke kawasan sekolah.

"Kami tidak dibenarkan masuk dan terus memerhati kereta dari luar pagar sekolah," jelas Razali.

Bila sampai di dalam, katanya, ketiga-tiga penumpang kereta tersebut bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas.

Bagaimanapun, kata Alias, pegawai kelihatan tidak membenar masuk ke bilik pengundian.

"Selepas kira-kira 30 minit, mereka beredar dari situ dengan menaiki kereta yang sama," katanya.

Baca Selanjutnya...