Sabtu, September 20, 2008

Serobek Bicara, Mengungkap Rasa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
Puja dan puji ke hadrat Ilahi yang mencipta iman dan Islam. Salawat dan salam ke atas Imam Mursalin.. Qaid Mujahidin.. dan tak alpa kepada rantaian perjuangan Islam hingga akhirnya..
 
Pertama sekali saya melayarkan kesyukuran ke hadrat Maha Kuasa, atas kehendak-Nya pertemuan kali ini dalam suasana yang amat berbeza.. sudah lama mengidam untuk bersama-sama merenangi dunia siber yang tak bertepi ini. Mungkin secara kebetulan.. sempena penahanan dua blogger otai yang terkenal itu, Lajnah Penerangan, Dakwah dan IT, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan berjaya membina blog tersendiri hasil tunjuk ajar saudara Asri yang kreatif dan kritikal itu.. terima kasih daun keladi.. semoga dimensi baru ini akan menyumbang sekelumit usaha ke arah kemenangan Islam di bumi tercinta.
 
Alhamdulillah teratak comel ini kini bersama berlayar menuju cita-cita. Cita-cita melihat Islam berdaulat.. Cita-cita mendengar Islam berkemundang megah.. Cita-cita menghidu wangian perundangan Islam.. Cita-cita memeluk keindahan dan hikmah Islam.. Cita-cita jasad berkandung bumi dengan rahmah dan redha Ilahi..
 
InsyaAllah, selagi ada daya.. ada upaya.. blog ini akan terus menyinari perjuangan walaupun kuyakin dan percaya.. perjuangan ini bukan mudah.. bukan enteng.. hanya pada-Mu Allah kubermohon hidayah dan inayah-Mu..
 
Sokongan dan dokongan semua pihak amat ditagih.. umpama penagih yang memerlukan dadah.. umpama pejuang yang memerlukan hidayah.. umpama politikus yang memerlukan kebijaksanaan..
 
Pandangan adalah penyeri.. komentar akan menambah seri.. berseri-seri umpama bulan purnama..
 
Nihayah kata.. sujud syukur pada Ilahi., salawat salam pada Murabbi.. terima kasih banyak-banyak pada berbudi.. tahniah pada yang sudi.. buat bekalan meniti syurgawi.. doakan diri kerdil dan daif ini.. jazakumullahu khairan kathiira, maas salamah.. siiru ala barakatilLah
 
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan

Komen Pembaca