Jumaat, Oktober 31, 2008

Solat Hajat Perdana

Solat Hajat Perdana, Bacaan Yaasin dan Tazkirah
PAS Kawasan Rembau
Tarikh : 5 November 2008 (Rabu)
Masa : Solat Isyak Berjamaah
Tempat : Markaz Besar PAS Rembau
semua dijemput hadir

Baca Selanjutnya...

Selamat Berjuang

Pemuda PAS Negeri Sembilan mengucapkan selamat berjuang kepada Kontinjen PASTI Negeri Sembilan yang akan menyertai program Ihtifal PASTI Pusat di Kedah yang bermula pada Jumaat 1 November 2009. Perjuangan kalian mewakili semangat perjuangan anak-anak Negeri Sembilan. Kami doakan kalian akan membawa pulang kejayaan yang terbaik sekaligus mengharumkan nama PASTI Negeri Sembilan. Berikut adalah peserta kebanggaan kita:
 
1. Nasyid : Kumpulan Nasyid PASTI Kuala Pilah
2. Hafazan (L) : M Zulhusni b Radzi (Kuala Pilah)
3. Hafazan (P) : Aina Hafizatun Nur bt M Rafi (Jempol)
4. Bercerita(L): M Badrish Syah b Jamil (Rembau)'
5. Bercerita(P) : Siti Nabilah bt S Azizi (Port Dickson)
6. Sajak : Arif Azhad b A Kimon (Port Dickson)
7. Azan : M Ammar b Azizi (Jempol)
8. Pidato : Ummu Nadirah bt Norman (Jempol)
9. Qutbah : M Zulhusni b Radzi (Kuala Pilah)

Baca Selanjutnya...

Program Terkini!!

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat ke Negeri Sembilan
Tarikh : 02 November 2009
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
semua kepimpinan pemuda dijemput hadir
maklumat lanjut sila hubungi Sufian (0133589328)

Baca Selanjutnya...

Khamis, Oktober 30, 2008

Klik untuk paparan yang besar

Baca Selanjutnya...

IHTIFAL PASTI NEGERI SEMBILAN MERIAH

JEMPOL 22 OKT: Majlis Ihtifal PASTI Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung pada 19 Oktober yang baru lalu di Muassasah Darussyarif, Batu Kikir. Majlis telah dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan , Zulkefly Mohamad Omar, YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani ADUN Paroi dan Pengarah PASTI Negeri , Mohamad Syazwan serta ibu bapa dan saudara mara pelajar. Jumlah kehadiran dianggarkan kira-Kira 600 orang.
Majlis Ihtifal ini adalah merupakan medan untuk penuntut PASTI menampilkan bakat dan kebolehan dalam pelbagai bidang selain daripada pencapaian dalam akademik dan sukan. Kali ini diadakan pertandingan ujibakat dalam 7 kategori iaitu hafazan, kepetahan bercerita, berpidato, bersajak, nasyid, kebolehan berkhutbah dan azan subuh. Acara ini juga merupakan acara tahunan PASTI semua peringkat sebelum ke pertingkat negeri dan persekutuan.
Peserta Ihtifal kali ini terdiri daripada wakil-wakil dari kawasan-kawasan Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Telok Kemang, Rasah, Seremban dan Rembau. Semua peserta yang menjadi johan akan mewakili PASTI Negeri Sembilan ke Majlis Ihtifal PASTI Peringkat Kebangsaan di Alor Star, Kedah yang akan berlangsung selama dua hari dari 31 Oktober hingga 1 November 2008 yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato Ustaz Azizan Abd Razak.

Menurut Pengarah PASTI Negeri Sembilan , pada ketika ini di negeri ini telah ada 40 buah PASTI dan sedang dalam usaha untuk menubuhkan 5 buah PASTI lagi menjelang tahun 2009. Jumlah penuntut yang ada sekarang sudah melebihi 1,000 orang dan PASTI Negeri mensasarkan untuk meningkatkan bilangan penuntut sehingga 2,000 orang dalam tahun 2009 nanti, insyaAllah.

Seluruh kawasan di Negeri Sembilan sekarang telah mempunyai PASTI. Menurut Syazwan lagi, sistem pembelajaran PASTI sekarang telah diselaraskan seluruh negara di mana PASTI mempunyai korikulum seragam, peperiksaan serentak dan aktiviti kokurikulum yang seragam.

Berikut adalah senarai pemenang pertandingan tersebut :
1. Nasyid : Kumpulan Nasyid PASTI Kuala Pilah
2. Hafazan (L) : M Zulhusni b Radzi (Kuala Pilah)
3. Hafazan (P) : Aina Hafizatun Nur bt M Rafi (Jempol)
4. Bercerita(L): M Badrish Syah b Jamil (Rembau)'
5. Bercerita(P) : Siti Nabilah bt S Azizi (Port Dickson)
6. Sajak : Arif Azhad b A Kimon (Port Dickson)
7. Azan : M Ammar b Azizi (Jempol)
8. Pidato : Ummu Nadirah bt Norman (Jempol)
9. Qutbah : M Zulhusni b Radzi (Kuala Pilah)

Baca Selanjutnya...

Ezam jadi Anwar Ibrahim ke-2 untuk UMNO

Dua malam lepas saya hadir di kediaman Sdr Ezam Mohd Nor di Shah Alam atas jemputannya sempena Aidilfitri.

Dah lama tak bersua dengan Ezam. Kali terakhir saya berkomunikasi dengan beliau adalah semasa desas-desus beliau akan menyertai UMNO. Saya dan ramai kawan-kawan beliau dalam PAS telah memujuk untuk beliau tidak menyertai UMNO, malah mempelawa beliau menyertai PAS.

Saya tidak berminat mengulas lanjut tentang perkara yang membuatkan beliau menyertai UMNO. Saya cuma ingin menelah nasib beliau di dalam UMNO selepas ini.

Apabila Ezam menyertai UMNO ia diihat satu tamparan yang hebat untuk pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim dan partinya, PKR. Ezam mampu menjadi satu senjata ampuh untuk UMNO berdepan dengan Anwar. Walaubagaimanapun, itu semua terbukti meleset apabila kehadiran Ezam gagal menjejaskan populariti Anwar dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Malah Anwar menang besar dalam pilihanraya tersebut.

Maka apa lagi yang ada pada Ezam untuk UMNO?

Mungkin tidak ada apa-apa lagi pada Ezam untuk Pak Lah, kerana tempoh beliau bertakhta di dalam UMNO hanya berbaki beberapa bulan lagi. Tapi saya percaya Najib tidak akan mempersia-siakan kehadiran Ezam di dalam UMNO. Najib sedang merencana banyak agenda dalam persediaan beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Antaranya adalah tanggungjawab besar beliau untuk memulihkan kredibiliti UMNO dan BN di mata rakyat.

PRU-12 baru-baru ini membuktikan rakyat menuntut reformasi besar dalam pentadbiran negara. Di mata rakyat, Malaysia sudah kepupusan nilai demokrasi dan keadilan. Di mata rakyat juga, pemimpin BN dan UMNO adalah pengamal politik rasuah dan korupsi. Untuk UMNO dan BN terus relevan dalam persada politik negara, mereka mesti berusaha merubah hakikat ini, atau dengan cara yang lain, mengubah persepsi terhadapnya.

Kebangkitan rakyat menuntut integriti, keadilan dan pemulihan demokrasi mesti ditangani Najib. Apakah Najib akan menggunakan Ezam untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sedang melaksanakan pemulihan demokrasi dan perang terhadap rasuah?

Ezam adalah tokoh demokrasi dan anti rasuah sejak sekian lama. Seperti kata Salahuddin Ayub, diri Ezam itu bagai sebuah instititusi yang memperjuangkan demokrasi dan menentang rasuah. Saya yakin semangat dan inspirasi menentang rasuah masih berpasak dalam diri Ezam, dan saya harap ianya masih sekental dulu.

Di awal zaman awal 80-an, ketika UMNO berdepan dengan kebangkitan idealisma Islam sedunia yang juga memberi kesan dalam arus politik Malaysia, Dr Mahathir telah membawa masuk Anwar Ibrahim untuk memberikan imej Islam di dalam UMNO. Kemasukan Anwar, tokoh muda ABIM ke dalam UMNO telah memberikan keyakinan kepada umat Melayu Islam bahawa UMNO cukup serius dalam pelaksanaan Islam. Ia juga berjaya mengimbangi suara PAS sebagai sebuah parti pembangkang yang melaungkan pelaksanaan Islam dalam pentadbiran negara. Maka rakyat terpesona dengan UMNO dan melupakan PAS. Apa yang terjadi pada Anwar selepas itu adalah sejarah yang kita semua maklum.

Mungkin kali ini UMNO akan menggunakan Ezam untuk meredakan tuntutan rakyat dan pembangkang kepada demokrasi dan penentangan terhadap rasuah. Mungkin selepas ini, Ezam akan diberikan satu kedudukan penting dalam mana-mana portfolio kerajaan dalam menangani rasuah.

Maka sepertimana Anwar berjaya membuat tempelan-tempelan program Penerapan Nilai-Nilai Islamnya dengan maksud meredakan tuntutan pelaksanaan Islam sepenuhnya oleh PAS, Ezam akan membuat tempelan-tempelan dalam program anti rasuahnya untuk membaiki imej UMNO dan meredakan tuntutan rakyat yang mendesak. Cukup untuk membuat rakyat terpesona semula dengan UMNO.

Itu telahan saya. Saya harap saya silap!
 

Baca Selanjutnya...

Isnin, Oktober 20, 2008

Setiap kata-kata itu adalah DOA

Mulut jangan bacul dan jangan berkata seenaknya.Pepatah Melayu pun ada juga menyebutnya - Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.Saya terima email dari Nick Ipoh dan saya muatkan di sini :

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif terbukti mampu mememberi kesan. Maka adalah sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan kata-kata yang Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku "The Hidden Messages in Water" karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yang melakukan percubaan, saya pun tertarik untuk melakukannya sbb:

  • 1. Tempatkan Nasi sisa yang sudah didiamkan semalaman kedalam 2 botol dengan jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.
  • 2. Setiap botol di labelkan yang berisi kata-kata.
  • 3. Botol A : "Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
  • 4. Botol B : "Kamu Bodoh, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku gila tidak mau dekat dekat kamu"
  • 5. 2 Botol ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.

    6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :

    Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata
    Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi
    busuk dan berwarna hitam dengan bau
    yang tidak sedap.

    Sedangkan Nasi dalam botol yang di bacakan
    kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan
    dan baunya harum seperti ragi.


    Nah Silahkan teman-teman mencubanya sendiri.
    Kalau di buku di katakan ada yang mencuba
    dengan tiga botol dimana botol ketiga tidak
    di beri label apa2 alias diabaikan / tidak
    diperdulikan, dan ternyata beras dalam botol
    yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat
    dibandingkan botol yang dipapar kata " Kamu Bodoh".

    Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan kerja kita, dan orang -orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan dari getaran-getaran yang berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

    Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah pikiran-pikiran yang timbul dalam batin kita. Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua .

  • Baca Selanjutnya...

    Selamat Hari Lahir...

    " Tanggal 20 Oktober 1947, lahirlah seorang pejuang Islam yang bernama Abdul Hadi bin Awang.... Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan berumur 61 tahun, Selamat Hari Lahir, buat Tuan Guru.. Semoga Hari ini lebih baik daripada hari semalam..... Semoga Tuan Guru dikurniakan nikmat panjang umur dan bagi meneruskan perjuangan ini.....
    Semoga perjuangan Tuan Guru terus berterusan dengan semangat yang membara dengan obor-obor perjuangan Islam yang berpandukan Al-Qur'an dan Al-Sunnah.
    Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan bersyukur dikurniakan seorang pemimpin yang memandu kami ke arah jalan yang betul menuju redha dan rahmat Ilahi.. perjuanganmu akan terus kami mekarkan hingga akhirnya.. kami doakan Tuan Guru sentiasa sehat dalam mengharungi perjuangan ini..

    Baca Selanjutnya...

    Wajib dibaca dan dihayati..

    Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

    RESOLUSI SEMINAR
    Penglibatan PAS dalam Urustadbir Negeri - Negeri PAKATAN Rakyat

    1. Parti mesti menerajui kerajaan dan bukan sebaliknya. Perangkaan dasar, program, penubuhan jabatan dan institusi baru mestilah diputuskan oleh parti terlebih dahulu.

    2. Bagi negeri-negeri yang memerintah, mestilah membuat kajian dan analisa secara professional dengan diterajui parti sebelum ianya direalisasikan.

    3. Negeri pakatan rakyat yang dikuasai oleh pas hendaklah melantik pakar2 tertentu walaupun bukan dinegeri itu untuk membantu kerajaan negeri dalam tugas2 khas guna memberi input kepada kerajaan dan memberi khidmat nasihat dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan.

    4. Mewujudkan Shariah Advisory di setiap negeri pakatan rakyat.

    5. Perlu lebih giat dalam mengintai peluang melaksanakan islam dalam ruang lingkup yang ada di negeri-negeri yang PAS mentadbir atau menyertai kerajaan yang memerintah. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi: apa sahaja yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, maka tidak boleh ditinggalkan kesemuanya.

    6. Hubungan dengan sultan.

    7. Hubungan negeri dengan negeri dan dengan pusat hendaklah dipelihara dengan baik dan diperkukuhkan

    8. Mekanisme yang digunakan hendaklah menggunakapan peruntukan projek 2 di setiap daerah dengan diberikan grant atau surat jaminan.

    9. Hudud tidak dilaksanakan kerana sekatan kerajaan federal. Tetapi tidak boleh ditinggal kesemua sekali. Yang boleh dibuat ialah kesalahan2 hudud yang dibicarakan dimahkamah2 negeri yang biasanya dihukum dengan wang atau denda hendaklah segera diubah dengan selain daripada wang kerana denda wang itu adalah As-suhtu dan as-suhtu adalah haram.

    10. Isu arak: kilang yang masih beroperasi pada hari ini adalah lesen yang telah diluluskan oleh kerajaan UMNO dan BN terdahulu. Berdasarkan perjanjian dan penilaian siasah syariyyah, kerajaan pada hari ini tidak boleh menutup secara drastik kilang-kilang arak yang sedia ada sebelum tamat tempohnya. Tetapi apabila lesen yang sudah sedia ada telah tamat tempohnya, maka kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh membenarkan pembaharuan lesen tersebut atau melanjutkan tempoh lesen yang telah tamat.

    11. Babi, berdasarkan siasah syariyyat dengan menggunakan maqasid di dalam muwazanat situasi yang ada, maka pemusatan pemeliharaan babi adalah lebih baik daripada dibiarkan pemelihannya berlaku tanpa kawalan.

    12. Rumah ibadat golongan bukan islam adalah dibenarkan beroperasi di dalam negara islam. Hatta nabi saw pernah berpesan kepada tentera islam supaya jangan merobohkan rumah ibadat orang bukan islam. Oleh itu, pembinaan rumah ibadat bukan islam yang sedia boleh diteruskan dan pembinaan rumah ibadat yang baru perlu diteliti dan diselidiki dari sudut syarat keperluan secara tepat dan terperinci.

    13. Hudud adalah salah satu dari syariat yang hendak dilaksanakan oleh pas. Untuk itu, kerajaan pas kelantan dan terengganu telahpun selesai membuat enakmen jenayah syariah di negeri masing-masing dan telah siap sedia untuk dilaksanakan akan tetapi dihalang oleh sistem undang2 malaysia yaaang meberika hhhak kepppada undang2 persekkutttan menguasai undang2 negeri, dimana yang bercannnggah dengan perlembagaan persekutuan tidak boleh dilaksanakan dinegeri. Tambahan pula UMNO BN sendiri yang menjadi penghalang dan pernah wakil mereka menyaman kerajaan PAS kerana hendak melaksanakan hudud.

    CADANGAN:

    1. Mempergiatkan dan memperbanyakkan program penerangan dan pemahaman tentang konsep siasah syariyyah daripada sumbernya yang tepat bagi kesemua jentera parti terutamanya mereka yang terlibat dengan pentadbiran negeri.

    2. Mendokumentasikan siasah syariyyah dalam bentuk manual yang boleh dijadikan rujukan oleh pihak pemegang kuasa di negeri-negeri pakatan rakyat.

    3. Merekodkan pengalaman siasah syariyyah terdahulu dalam konteks moden seperti pengalaman kelantan, terengganu, Turkey, Hamas Palesin, FIS algeria, Jamaat Islamiyyah Pakistan dan lain-lain.

    4. Mendokumentasi semula situasi dan reality sebenar serta siasah syariyyah yang digunakan sewaktu penggabungan PAS dan UMNO pada tahun 70an supaya generasi yang kemudian dapat mengambil kesimpulan dan pengiktibaran dengan mengambil pengalaman dalam mengatur strategi dan membuat keputusan .

    Baca Selanjutnya...

    Sabtu, Oktober 18, 2008

    'Tok Guru' berjiwa rakyat - Guan Eng

     MARANG, 18 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara parti PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah akrab. Berikutan itu, katanya pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab. "Kita (DAP) ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini (berkunjung) bertemu 'Tok Guru' dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen. "Saya ke sini (Terengganu) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato' Seri Abdul Hadi,"ujarnya ketika ditemui di Rusila, Marang, kelmarin. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan mantan Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya. "Di sini kita (rakyat) boleh lihat 'Tok Guru' pernah jadi Menteri Besar sebuah negeri tetapi masih hidup dalam keadaan yang sederhana. "Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan hanya berkhidmat untuk rakyat,"jelasnya. - mks.

    Baca Selanjutnya...

    Banner TERKINI





    Baca Selanjutnya...

    Rabu, Oktober 15, 2008

    Alkisah Cinta

    Alkisah, di suatu pulau kecil tinggallah berbagai benda abstrak ada CINTA, kesedihan, kegembiraan, kekayaan, kecantikan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu.

    Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kakinya.

    Tak lama CINTA melihat kekayaan sedang mengayuh perahu, "Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!," teriak CINTA "Aduh! Maaf, CINTA!," kata kekayaan "Aku tak dapat membawamu serta nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu kekayaan cepat-cepat pergi mengayuh perahunya. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya kegembiraan lewat dengan perahunya. "Kegembiraan! Tolong aku!," teriak CINTA. Namun kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak dapat mendengar teriakan CINTA. Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.

    Tak lama lewatlah kecantikan "Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!," teriak CINTA "Wah, CINTA kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu pergi. Nanti kau mengotori perahuku yang indah ini," sahut kecantikan. CINTA sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itulah lewat kesedihan "Oh kesedihan, bawlah aku bersamamu!," kata CINTA. "Maaf CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..," kata kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa.

    Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat-cepat naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulau terdekat, CINTA turun dan perahu itu langsung pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa yang menolongnya. CINTA segera bertanya pada penduduk pulau itu. "Yang tadi adalah WAKTU," kata penduduk itu "Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku tidak mengenalinya. Bahkan teman-temanku yang mengenalku pun enggan menolong" tanya CINTA heran "Sebab HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI SESUNGGUHNYA DARI CINTA ITU"

    {dipetik dari http://jalansutera.com}

    Baca Selanjutnya...

    Sabtu, Oktober 11, 2008

    pemudo umno nogori pun tak nak kek ekau

    Setakat petang 11 syawal ni.. mengikut laporan malaysiakini.com, dua bahagian pemuda umno Jempol dan Jelebu telah mencalonkan YB Datuk Mukhriz sebagai ketua pemuda umno dan YB Razali sebagai timbalannya. laporan malaysiakini.com mengatakan di Jempol , Mukhriz mendapat 168 undi manakala Khairy memperolehi enam undi sahaja. manakala di Jelebu, Mukhriz mendapat undi terbanyak, manakala Khairy mendapat empat undi manakala Dr Mohd Khir (8) camno khairy... oghang nogori pun tak nak kek ekau, apo dok tunggu laie... camno nak jadi perdana menteri termudo ni.. isk isk isk.. dengar-dengar dari jauh kok dapek pencalonan pun dari pemudo Rombau yo.. tu pun tak tau lagi.. pokok tompek bergantung dah nak tumbang.. ko samo yo ngan bapa mertua kesayangan.. jadi PM tapi nogori sendiri diperintah oghang lain.. tu yang copek tumbang tu.. isk isk isk.. ape-ape pun.. den nak tengok yo oghang nogori den bertanding ketuo pemudo umno.. bukan apo.. banggo apo!! kok kalah KO nanti lagi den banggo.. maap la yo... selamat aghi ghayo..


    Baca Selanjutnya...

    Jumaat, Oktober 10, 2008

    YB Khalid vs Ust Din Tantawi

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    My Photo My Photo Semoga Allah lindungi kami… saya berasa seronok apabila ada dua idea yang berbeza dan bertentangan dibahaskan secara berhujjah. Saya amat berbangga apabila melihat wujudnya budaya percambahan idea dan budaya berhujjah secara ilmiah dan menjadikan ayat Al-Quran sebagai panduan utama. Ini akan melahirkan kematangan berfikir dan perkembangan ilmu secara sehat.
    Bagi saya.. YB Khalid Samad mengemukakan satu idea yang berani dan baik. Idea Ustaz Din Tantawi, Ustaz Nik Abduh dan lain-lain juga berani dan baik. Benarlah kata Rasulullah 'Ikhtilaf Ummati Rahmatun'.

    Yang tak bagusnya ialah.. berhujjah menghentam peribadi dan beremosi, saya minta izin untuk memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat jika terkasar bahasa.. sepatutnya biarlah hujjah lawan hujjah.. dan tak sepatutnya ada hujjah sampingan menghentam atau menjatuhkan peribadi, lupakah kita pada kata-kata keramat Saidina Ali, 'lihatlah apa yang dikatakan bukan pada siapa yang berkata..' apatah lagi ada tuduhan yang agak melampau.. seperti.. ah! Terlalu malu untuk diperkatakan lagi..

    Sekali imbas… hujjah YB Khalid ada lojiknya.. hujjah Ust Din Tantawi dan lain-lain ada asasnya.. tapi kebenarannnya..?? siapa ada hak untuk menentukannya?? Atau.. kita cari titik pertemuannya dan asas perbezaannya.. tentu INDAH bukan??

    Kerana saya amat meyakini kata-kata Baginda tercinta.. HIKMAH itu milik ISLAM tak kita dari siapa munculnya.. adalah tidak mustahil HIKMAH itu keluar dari mulut seorang budak kecil apatah lagi tidak mustahil ia keluar dari mulut-mulut mereka yang telah memilih jalan perjuangan ini.. mereka telah membuktikan perjuangan mereka sehingga hari ini.

    Justeru, saya mencadangkan 'DEBAT ILMIAH' tertutup di antara YB Khalid Samad dan Ust Din Tantawi (atau yang lain yang dirasakan lebih layak.. pilihan saya Ust Din Tantawi)..

    Ops sebelum tu minta maaf kat Ust Din saya menggunakan perkataan DEBAT.. sebab dalam perdebatan nanti, berdebatlah puas-puas dan saya yakin mereka lebih memahami adab berhujjah.

    Yang penting natijahnya.. kalau hujjah kita BERJAYA dipatahkan, AKURlah dengan semangat ukhuwwah.. yang menang ucaplah SUBHANALLAH yang kalah ucaplah ALHAMDULILLAH.

    CADANGAN SAYA:
    Program : Debat Ilmiah Tertutup
    Penganjur : tranungkite.net
    Pendebat : YB Khalid vs Ustaz Din Tantawi (ini pilihan saya.. boleh dibincangkan lagi)
    Format : ikut debat Agendadaily dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak..
    Tajuk : Pilihan bersama pendebat

    Kepada tranungkite.. ada berani jadi penganjur? InsyaAllah apa-apa bantuan boleh berbincang dan saya akan bantu sedaya upaya demi melihat titik pertemuan indah.. ISLAM dan PAS bertambah kukuh dan kuat, bukan berpecah!! TAKBIR…

    Penerangan Pemuda PAS Nogori

    Baca Selanjutnya...

    Hebat.. Hebat..

    Oleh AMKNS

    Banyak betul blogger di Negeri Sembilan ni. Ada yang bawa isu politik, masyarakat, wanita, Islam dan sebagainya. Baguslah begitu. Semoga semua blogger ini dapat berblog dengan sihat untuk memajukan lagi masyarakat dan negeri ini. Barulah ada persaingan untuk menjadi yang terbaik. Kalau penat nak tengok setiap blog , pergi saja ke Blog PR N.Sembilan http://pakatanrakyatn9.blogspot.com , pada sebelah kolum kanan , ruang bawah akan dikemaskini secara otomatik setiap hari blog blog yang mempunyai isu terkini.


    POLITIK N.SEMBILAN

    PAS N.Sembilan http://pasnns.blogspot.com PAS Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com PAS Johol http://joholhariini.blogspot.com PAS Jelebu http://pasjelebu.blogspot.com PAS Tampin http://pastampin.blogspot.com PKR N.Sembilan http://pkrn9.blogspot.com PKR Kuala Pilah http://gerbangkeadilankp.blogspot.com PR N.Sembilan http://pakatanrakyatn9.blogspot.com PR Juasseh http://jemapohku.blogspot.com
    Pemuda PAS N.Sembilan http://dppn9.blogspot.com Pemuda PAS Seremban http://pemudapasseremban.net Pemuda PAS Jempol http://pemudapasjempol.blogspot.com Media PR N.Sembilan http://prn9.blogspot.com UMNO Paroi Jaya http://umnoparoijaya.blogspot.com   
     
    AKTIVIS MASYARAKAT N.SEMBILAN

    YB Dato' Kamarul Baharin Abbas http://telokkemang.blogspot.com YB Hj Mohamad Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com YB Hj Aminuddin http://aminuddinharun.blogspot.com  YB Loke http://lokesiewfook.blogspot.com YB Khairy http://www.rembau.net Zulkelfy Mohamad Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com  CheguBard http://chegubard.blogspot.com Mohamad Rafie Ab Malek http://rafiemalek.blogspot.com Ali Maidin http://sokongpr.blogspot.com Dr Rosli Yaakop http://drrosliyaakop.blogspot.com Wan Nordin http://wannordinwanyaacob.blogspot.com

    Norwani Ahmat http://nurmutiara.blogspot.com Anak Muda N.Sembilan http://amkns.blogspot.com Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com Saiful Bahari Jaaman http://orangklawang.blogspot.com Mohd Nazree Yunus http://minda-pemuda.blogspot.com Dharmala NS http://abdulmulukdaud.blogspot.com Ust Abd Halim http://inijalanku.wordpress.com Ampangan http://ampanganboulevard.blogspot.com Cikgu Din http://tuklong-ns.blogspot.com Dzull http://dzulhaqq.blogspot.com Hamedon http://hamedon-wadanislam.blogspot.com Atriza http://atriza.blogspot.com Maarof Kassim http://maarofkassim.blogspot.com Nisah Haron http://annyss.blogspot.com

    Dr Thinagaraj http://dravidar.blogspot.com Biduanda Gadong http://biduanda-gadong.blogspot.com Kamal Affendi Hashim http://kamalfndhashim.blogspot.com At Tibyan http://at-tibyan.blogspot.com Zulfa http://2uzulfa.blogspot.com Tampin http://tpnns.blogspot.com Husaini http://sut07.blogspot.com Alumni Gadong http://ulugadong.blogspot.com Nisa Seremban http://nisaseremban.blogspot.com Pro Khairy http://www.prokhairy.com Pusat Khidmat Parlimen Rembau http://parrembau.blogspot.com   "

    Baca Selanjutnya...

    Rabu, Oktober 08, 2008

    Hak Asasi Manusia Di Dalam Islam. Siri 7

    11. HAK KEBEBASAN BERHIJRAH DAN MENETAP
    Akta hak asasi manusia Kesatuan Eropah ( Protokol tambahan yang ke-4:
    - ( Fasal 2 ) :
    1. Setiap orang yang menetap secara sah dalam mana-mana negara berhak untuk bergerak dan memilih tempat tinggal dalam negara tersebut.
    2. Setiap orang bebas meninggalkan mana-mana negara walaupun negara asalnya
    3. Tidak boleh mensyaratkan sebarang syarat dalam melaksanakan hak ini melainkan yang diwajibkan oleh undang-undang dan ketetapan dalam masyarakat demokrasi kerana untuk menjaga keamanan perkauman atau memelihara keselamatan rakyat atau untuk memelihara peraturan umum atau untuk mencegah jenayah atau kesihatan atau akhlak atau memelihara hak dan kebebasan orang lain.
    4. Hak-hak yang dinaskan dalam ( fasal 2.1 ) mesti mematuhi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang di negara tertentu kerana kemaslahatan umum masyarakat demokrasi.
    ( Fasal 3) :
    1. Tidak boleh menghalau seseorang yang menjadi warga negara dari mana-mana tempat dalam negara tersebut, sama ada orang perseorangan atau kumpulan .
    2. Tidak boleh menghalang seseorang yang menjadi warga negara memasuki negara.
    3. Dilarang menghalau orang asing secara berkumpulan

    Perjanjian Kesatuan Eropah :
    - ( Fasal 1.18 ) : Mana-mana pihak dari negara lain yang membuat perjanjian dengan rakyat sesebuah negara berhak untuk melakukan pekerjaan yang menguntungkan dalam negara tersebut sebagaimana rakan perjanjian, dengan memelihara syarat-syarat yang telah ditentukan kerana sebab-sebab ekonomi atau kemasyarakatan.
    - ( Fasal 2.18 ) : Tujuannya menjamin pihak negara lain berhak melakukan kerja yang menguntungkan dalam negara rakan perjanjian, justeru mestilah mengikuti perjanjian seperti berikut :
    1. Melaksanakan peraturan-peraturan dalam perjanjian dengan jujur.
    2. Memudahkan urusan rasmi dan merendahkan atau menghapuskan bayaran mahkamah atau mana-mana bayaran lain yang mesti dibayar oleh pekerja asing atau majikan yang menggunakan pekerja asing.
    3. Menyediakan undang-undang dan buku perlembagaan untuk kegunaan orang asing.
    4. Negara mesti mengakui bahawa rakyatnya telah meninggalkan negara untuk melakukan perniagaan di negara rakan perjanjian.
    Perhatian : Dapat difahami bahawa undang-undang ini tidak tertentu dalam masalah memasuki negara rakan perjanjian dan tidak mencacatkan undang-undang Kesatuan Eropah, khasnya muktamar di Paris yang bertarikh 13 Disember 1955M
    - ( Fasal 1.19 ) : Pekerja-pekerja dan keluarga mereka yang berhijrah dari negara lain berhak mendapat hak pemeliharaan dan pertolongan di mana-mana negara rakan perjanjian.
    - ( Fasal 2.19 ) : Untuk mendapat jaminan hak pertologan dan pemeliharaan pekerja dan keluarga mereka yang berhijrah di negara rakan perjanjiannya, mesti mengikuti perjanjian seperti berikut :
    1. Memastikan sentiasa menyediakan perkhidmatan yang cukup dan percuma untuk menolong pekerja-pekerja ini, khususnya dalam masalah untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, semua urusan yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan negara khasnya dalam masalah berhijrah.
    2. Membuat urusan yang sepatutnya berkaitan dengan tempat tinggal untuk memudahkan keluar masuk dan untuk menyambut pekerja-pekerja berkenaan dan keluarga mereka. Dan hendaklah terdapat perkhidmatan kesihatan dan berkeadaan kesihatan yang baik ketika masuk.
    3. Menggalakkan supaya ada hubungan yang manasabah antara khidmat kemasyarakatan di antara negara tempat bekerja dan negara pekerja berkenaan.
    4. Memberi keamanan berinteraksi setaraf dengan penduduk asal atau sama dengan rakan perjanjian kepada pekerja-pekerja yang tinggal di tempatnya menurut undang-undang, sekira perkara ini menurut kadar yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan perjanjian atau tunduk kepada pemerhatian dan pengawalan pihak berkuasa dengan syarat mengikuti perkara berikut :
    a. Gaji dan syarat menerima jawatan serta keadaan pekerjaan.
    b. Menyertai persatuan pekerja dan mendapat keistimewan persatuan pekerja.
    c. Tempat tinggal.
    5. Memberi keamanan berintereksi yang setaraf dengan rakan perjanjian kepada pekerja-pekerja berkenaan menurut undang-undang di kawasan mereka dalam masalah cukai pekerjaan dan dalam memberi pendapat serta hak-hak yang wajib kepada mereka.
    6. Memberi kemudahan yang sebaik mungkin apabila pekerja-pekerja asing membawa bersama mereka keluarga ygan dibenarkan kepada mereka untuk menetap di sesuatu kawasan.
    Perhatian : Untuk tujuan ini ditafsirkan "keluarga pekerja asing" dengan makna isteri dan anak anak-anak yang berumur kurang daripada 21 tahun.
    7. Memberi keamanan berintereksi yang setaraf dengan rakan perjanjian kepada pekerja-pekerja yang dibenarkan kepada mereka untuk menetap di sesuatu kawasan dalam urusan undang-undang, khususnya di dalam perkara-perkara yang telah disebut dalam perkara ini.
    8. Mesti memastikan tidak menghalau pekerja-pekerja ini selama mana tidak menbawa kepada bahaya kepada keamanan kaum atau melakukan perkara yang bertentangan dengan kepentingan umum atau sosial masyarakat.
    9. Bertolak ansur menurut apa yang telah dibenarkan oleh undang-undang untuk memindahkan pendapatan atau harta simpanan mereka sebagaimana yang dikehendaki.
    10. Menyambung keistimewaan dan memberi pertolongan yang telah ditetapkan dalam perkara (undang-undang) ini kepada pekerja-pekerja yang berhijrah menurut apa yang bertepatan dengan peraturan.

    Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam :
    - ( Fasal 23) :
    a. Sesungguhnya negara-negara Islam adalah terdiri daripada umat yang satu maka setiap seorang Islam itu berhak untuk bergerak ke sana ke mari dalam mana-mana negara Islam.
    b. Tidak dibenarkan sama sekali memaksa seseorang meninggalkan tempat tinggalnya atau menjauhkannya daripada tempat berkenaan tanpa sebab yang dibenarkan oleh Syara'. Bertepatan dengan hukum-hukum dalam (perkara 23.a) kenyataan antarabangsa hak asasi manusia dalam Islam. Asas umum yang disebut dalam (perkara 1 dan 2 ) perjanjian Kesatuan Eropah, khususnya dalam masalah yang berkaitan dengan penduduk-penduduk di negara-negara anggota Kesatuan Eropah.

    Baca Selanjutnya...

    Selasa, Oktober 07, 2008

    Hak Asasi Manusia Di Dalam Islam. Siri 6

    9. HAK MENGASUH DAN MENDIDIK
    Akta hak asasi manusia Kesatuan Eropah:
    - ( Perkara 2 ) : Tidak dibenarkan menghalang seseorang daripada mengajar. Wajib ke atas negara apabila menentukan apa yang perlu diajar, menghormati hak kedua ibu bapa berkenaan apa yang dipelajari oleh anak-anak mereka berpandukan kepada kepercayaan agama dan falsafah mereka.

    Perjanjian Kesatuan Eropah :
    - ( Perkara 1.9 ) : Setiap orang  berhak untuk mendapat kemudahan yang setimpal untuk menjuruskannya kepada sesuatu pekerjaan, dengan tujuan untuk menolongnya memilih kerja yang sesuai dengan kebolehannya.
    - ( Fasal 1.10) : Setiap orang berhak untuk mendapat kemudahan yang sesuai untuk latihan pekerjaan.
    - ( Fasal 2.9 ) : Mana-mana pihak yang membuat perjanjian dengan tujuan untuk menjamin berterusannya sesuatu pekerjaan boleh menjuruskannya dengan memperbanyakkan peluang atau meningkatkan kuantiti yang mesti ada, memerlukan khidmat daripada semua orang dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pemilihan dan memajukan sesuatu pekerjaan serta meneliti dengan sebaik mungkin kelebihan dan kelayakan serta peluang pekerjaan pada masa akan datang. Dan khidmat ini sepatutnya diberi secara percuma kepada murid-murid sekolah atau orang dewasa.
    - ( Fasal 2.10 ) : Tujuan jaminan berterusannya sesuatu pekerjaan yang boleh menjuruskan ke arah itu, keduadua pihak perlu membuat perjanjian seperti berikut :
    a. Memperbanyakkan atau menggalakkan kuantiti yang mesti ada, melatih kesenian dan kemahiran kepada semua orang walaupun terdapat yang tidak berkemampuan di kalangan mereka, dengan membincangkan perkara ini dengan pertubuhan-pertubuhan pekerja serta mendapat jaminan terdapat kemudahan-kemudahan asas untuk seseorang itu menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi atau supaya dapat menyambung pelajaran ke peringkat universiti dengan kemampuan asas yang mereka miliki.
    b. Memperbanyakkan atau menggalakkan sistem latihan untuk melatih lelaki dan perempuan dalam pelbagai pekerjaan.
    c. Memperbanyakkan atau menggalakkan kuantiti yang mesti ada :
    d. Peserta mendapat latihan sempurna dan mampu dipelajari oleh pekerja dewasa.
    e. Peserta diberikan peluang mengulangi latihan yang sememangnya mesti mendapat latihan disebabkan kemajuan teknologi atau cara-cara moden dalam pekerjaan.
    f. Menggalakkan peserta yang mempunyai kemampuan supaya bekerja  sendiri dengan  memberi kemudahan yang sesuai seperti :
    g. Mengurang atau menghapuskan yuran atau cukai.
    h. Memberi bantuan kewangan dalam keadaan-keadaan yang sesuai.
    i. Jaminan masa bekerja yang telah dibiasakan menurut masa bekerja semasa latihan berdasarkan permintaan majikan sepanjang perkhidmatan.
    j. Memastikan dilatih dengan sempurna sepanjang latihan, berbincang dengan majikan dan persatuan pekerja tentang kesan dan hadiah latihan dan berbincang dengan organisasi-organisasi lain supaya melatih pekerja yang masih muda dan pemeliharaan yang sempurna terhadap pekerja yang masih muda secara umum.

    Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam :
    (Fasal 21) :
    a. Menjadi hak setiap orang untuk mendapat pelajaran berpandukan kepada kemampuannya.
    b. Menjadi hak kepada setiap orang untuk memilih pekerjaannya dengan bebas, sebagaimana dia berhak untuk mendapat peluang memajukan kemampuan dirinya dengan sempurna.
    c. Di sini dapat kita lihat bahawa perjanjian Kesatuan Eropah telah menyebut dengan teliti berbanding dengan kenyataan antarabangsa hak asasi manusia dalam Islam. Tetapi Syariat Islam sama sekali tidak mengabaikan penjelasan-penjelasan ini.( lihat fasal 3, bahagian 2 dan 4 serta fasal 4, bahagian 4 dan 6 ).

    Baca Selanjutnya...

    Pandang DPPN9 mendapat perhatian baik


    Alhamdulillah, tak sampai 4 jam.. angka 1000 pelawat telah membaca pandangan DPPN9.. dijangka ia akan terus meningkat.. banyak juga komen yang diterima.. terima kasih kepada tranungkite.net

    Baca Selanjutnya...

    Isnin, Oktober 06, 2008

    AMARAN : HARAKAH OH HARAKAH, Pemuda PAS Negeri Sembilan sokong Harakah..

    Saya selaku Ketua Penerangan DPPNS menyokong dan amat bersetuju dengan tajuk utama Harakah terbitan Aidil Fitri baru-baru ini. Saya melihat dari pelbagai sudut. Pertama, dari sudut percaturan politik masyarakat umum.. saya percaya dan yakin, Harakah terus berjaya mensensasikan agenda 'perubahan minda' sehingga 'Khurafat hanya umno yang boleh memerintah' benar-benar terhakis dari pemikiran umat Melayu khususnya. Tajuk yang sensasi tersebut telah berjaya menarik minat semua pihak untuk membaca dan meneliti kandungan ucapan Tuan Guru Presiden. Bukan mudah nak suruh masyarakat umum membaca minda  Tuan Guru Presiden yang sarat dengan ilmiah dan kematangan (sekaligus membaca tafsiran Al-Quran).
     
    Kedua, dari sudut politik 'perubahan tampuk kepimpinan negara'.. saya percaya dan amat yakin, keadaan ini akan terus memeningkan umno dan mengkucar-kacirkan strategi mereka.. dalam keadaan politik gawat ini, kita perlu berundur selangkah untuk bertapak kedepan berlangkah-langkah dan seterusnya memberikan pukulan maut kepada bn dan umno.
     
    Ketiga, inilah wajah sebenar perjuangan PAS, menunjukkan kepada seluruh dunia (sama ada dunia politik, intelektual, profesional, khalayak marhain dan lain-lain) bahawa PAS tak akan berkempromi dengan mana-mana usaha yang merugikan Islam. Tak nak bergabung dengan umno atas alasan ISLAM dan kita juga tak nak bergabung dengan sesiapa juga atas alasan ISLAM. Dan PAS rela dibubarkan juga atas alasan ISLAM.
     
    Walau bagaimanapun, saya tetap meraikan lain-lain pandangan terutama pandangan daripada Ustaz Din Tantawi yang merupakan pimpinan Islam masa depan dan lain-lain pandangan yang kontra dengan harapan pandangan saya yang silap dan salah da pandangan mereka yang betul.
     
    Saya rasa sampailah masanya, serahkah seketika kepada pucuk pimpinan untuk menunjukkan kepintaran dan kematangan politik. Kalau mereka tersilap langkah, bersedialah kita untuk memperbetulkannya.. (bersediakah ilmu, iman, ibadah kita??) atau (setandingkah ilmu dan ibadah kita??)..
     
    Namun kepada pucuk pimpinan.. jangan memandang enteng pandangan dan teguran ahli-ahli bawahan, kerana tidak mustahil HIKMAH itu keluar dari mulut mereka..
    Pohon ampun dan maaf atas segalanya, Selamat Hari Raya Eidul Fitri...
     
     
    Berikut komen daripada blog Ustaz Din Tantawi...
     
    Banyak SMS yang saya tidak kenali menerobos masuk ruang inbox dengan nada marah dan sinis kepada Tok Guru Presiden ekoran " AMARAN " yang disiarkan oleh Harakah bilangan : 1379 baru - baru ini .

    Oleh kerana Harakah bilangan tersebut diterbitkan menjelang Aidil Fitri , sedang saya dalam perjalanan pulang ke kampung , maka saya tidak berkesempatan untuk membacanya .

    Pagi ini masih ada lagi orang hantar sms dgn bahasa yang sangat tidak sedap didengar . ( apabila saya berkali - kali hubungi semula nombor handphone penghantar sms tersebut , senyap tanpa respon ) Lalu saya meminta jasa baik sahabat agar mencari Harakah bilangan 1379 untuk saya teliti terlebih dahulu .

    Apabila saya membaca laporan mengenai ucapan Tok Guru Presiden ( di Majlis Ceramah Isu Semasa di Perkarangan Surau Hj Zainal Abidin Dungun ) , saya berpendapat : tajuk "AMARAN" adalah salah dan tidak wajar .

    Cuba lihat bagaimana antara quote ucapan Tok Guru yang disiarkan " Kita ( PAS ) bersedia untuk mengubah kerajaan tetapi dengan syarat mestilah kerajaan itu lebih baik daripada yang sedia ada ( BN ) . Kita tidak mahu berubah kepada yang lebih buruk tetapi mesti lebih baik , dan dasar Islam menjamin keadilan buat semua rakyat. "

    Saya percaya semua orang setuju dengan kenyataan tersebut. Tiada siapa mahu perubahan kerajaan tetapi sama atau lebih buruk dari kerajaan yang sedia ada . Maka ini mesti dibaca sebagai satu nasihat atau peringatan bukan amaran .

    Perkataan amaran membuatkan pembaca resah serta merasakan Tok Guru ni terlalu radikal sedang realitinya Tok Guru sebagai pemimpin Gerakan Islam hanya mahu memastikan Islam terjamin , itu sahaja . Malah Tok Guru sangat bersedia untuk bersama dengan agenda perubahan.

    Bahkan perubahan kerajaan ( at - taghyir ) terlebih dahulu telah digerakkan oleh Tok Guru sejak lama dulu , ( disaat orang yang bercakap pasal perubahan hari ini dulunya tidak mahu perubahan kerajaan sebaliknya mempertahankan kerajaan tersebut ) . Justeru itu sangat tidak wajar menempelak Tok Guru kononnya menganggu plan perubahan kerajaan ini dan menganggap Tok Guru tak buat kerja apa -apa untuk perubahan .

    Tajuk yang selayaknya untuk Harakah paparkan ialah " Kerajaan Baru mesti Lebih Baik dari Kerajaan Sedia Ada "

    Saya sekali lagi sangat yakin , tajuk sedemikian akan dipersetujui oleh semua pihak . Soal kenapa Harakah cenderung menggunakan tajuk AMARAN sebagai muka depan tidaklah saya ketahui . Tetapi saya mengharapkan agar Harakah boleh memikirkan atau menilai kewajaran pandangan saya .

    Sebelum ini , saya juga cenderung menganggap malah itulah yang dikehendaki oleh Tok Guru ( apabila Tok Guru menyebut soal Islam mesti dominan atau Islam mesti terjamin dan perkataan - perkataan sama erti dengannya ) bahawa ianya adalah satu peringatan juga nasihat agar Islam tidak dipersiakan . Saya juga pernah menyebutnya sebagai lafaz Ta'lik . ( dengan maksud hubungan dan gerakkerja kita ke arah merubah dan menubuh kerajaan baru mestilah menepati syarat kita bersama dalam - tahalluf siasi - jika tidak menepati syarat maka hubungan kerjasama kita terbubar / batal )

    Terdapat Hadith Nabi saw. yang menjadi satu kaedah penting dalam Islam. Hadith ini riwayat Tarmizi (hadith hasan sahih)
     
    الصّلْحُ جَائِزٌ بَيْنَ المُسْلِمِينَ. إلاّ صُلْحاً حَرّمَ حَلاَلاً أوْ أحَلّ حَرَاماً.
    والمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ، إلاّ شَرْطاً حَرّمَ حَلاَلاً أوْ أحَلّ حَرَاماً
    Perjanjian adalah harus dikalangan muslimin kecuali perjanjian mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram . dan Muslimin berpegang kepada syarat - syarat mereka kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram .

    Apabila peringatan dan nasihat diberi , ia tidaklah bermakna kita benci atau semata - mata tidak bersetuju dengan pihak yang diberi peringatan atau nasihat . Nabi saw. pernah bersabda :الدين النصيحةAgama itu adalah Nasihat .

    Baca Selanjutnya...

    Hak Asasi Manusia Di Dalam Islam. Siri 5

    7. HAK KEBEBASAN BERFIKIR DAN BERAGAMA
    Kesatuan Eropah untuk memelihara hak asasi manusia :
    - ( Fasal 9.1 ) : Setiap manusia berhak untuk bebas berfikir, berperasaan dan berakidah ( beragama ). Hak ini mencakupi kebebasan menukar agama atau akidah, kebebasan mengisytiharkan agama atau akidah dengan mengadakan syiar, mengajar, beramal dan memeliharanya sama ada berseorangan atau berkumpulan secara terbuka atau tertutup.
    - ( Fasal 9.2 ) : Kebebasan manusia untuk mengisytiharkan agama dan kepercayaan terikat dengan undang-undang tertentu yang menjadi kemestian dalam masyarakat demokrasi demi keamanan orang ramai atau memelihara peraturan umum dan kebudayaan atau memelihara hak orang lain dan kebebasannya.
    - ( Fasal 10.1 ) : Setiap orang berhak untuk membuat kenyataan. Hak ini merangkumi kebebasan berpegang kepada mana-mana pendapat dan memengemuka maklumat atau pendapat tanpa campurtangan kuasa kerajaan dan tidak melihat kepada sempadan negara. Dengan syarat tidak mengenepikan hak negara dengan meminta kebenaran untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penyiaran tv dan filem.
    - ( Fasal 10.2) : Kebebasan ini mengandungi beberapa kewajipan dan tanggungjawab, oleh sebab itu harus meletakkan syarat-syarat, peraturan dan hukuman yang tertentu dalam undang-undang mengikut keperluan masyarakat demokrasi demi keamanan masyarakat, keselamatan tanah air, keamanan negara, memelihara undang-undang, menegah jenayah, memelihara kesihatan dan kebudayaan, menghormati hak-hak orang lain, menegah penyebaran rahsia atau menyokong sesuatu kuasa dan tidak menyebelahi kehakiman.

    Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam :
    - ( Fasal 11) :
    a. Setiap orang berhak berfikir, menganut mana-mana kepercayaan, menyatakan pandangan dan akidah tanpa campur tangan mana-mana pihak selama mana bertepatan dengan peraturan umum yang dibenarkan oleh syariat. Oleh itu tidak dibenarkan menyiarkan berita palsu dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada perkara keji atau perkara yang boleh melemahkan ummah.
    b. Kebebasan berfikir dalam mencari kebenaran bukan saja dibenarkan tapi ia adalah satu perkara yang wajib.
    c. Menjadi hak dan kewajipan setiap orang untuk menyuarakan tidak puas hati dan menentang kezaliman dan boleh memperjuangkannya tanpa merasa takut berhadapan dengan pemerintah yang tidak adil dan zalim.
    d. Tidak menjadi kesalahan menyebar maklumat yang benar melainkan maklumat yang boleh mengugat keamanan masyarakat dan negara.
    e. Menghormati perasaan orang yang berlainan agama adalah daripada akhlak seorang muslim, oleh itu tidak harus seseorang itu mengeji kepercayaan seseorang dan tidak boleh menyeru masyarakat supaya memusuhinya.

    8. HAK BERKAHWIN DAN PEMBENTUKAN KELUARGA
    Akta Hak Asasi Manusia Kesatuan Eropah :

    - ( Perkara 12 ) : Lelaki dan perempuan yang layak berkahwin, berhak untuk berkahwin dan membentuk rumahtangga menurut undang-undang negara yang membenarkan perlaksanaan hak ini.

    Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam :
    - ( Fasal 19) :
    a. Perkahwinan adalah hak kepada setiap manusia, ia adalah satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak untuk membina keluarga, melahirkan zuriat dan menundukkan hawa nafsu. Suami dan isteri mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sesuai antara satu sama lain yang telah ditentukan oleh syarak.
    b. Setiap suami dan isteri, masing-masing mempunyai hak supaya dihormati, dijaga perasaan dan keadaannya untuk memelihara kasih sayang dan hormat menghormati.
    c. Wajib ke atas suami menanggung keperluan isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya.
    d. Adalah menjadi hak seorang anak ke atas kedua ibu bapanya menjaganya dengan baik, memberi pelajaran dan mendidiknya. Tidak dibenarkan menjadikan kanak-kanak sebagai pekerja pada peringkat umur yang terlalu muda atau membebankan mereka dengan kerja - kerja yang tidak mampu mereka lakukan atau membantut pembesaran mereka atau menghalang mereka daripada mendapat hak untuk belajar dan bermain.
    e. Apabila kedua ibu bapa kanak-kanak tidak mampu untuk menyara dan memelihara kanak-kanak berkenaan maka tanggungjawab ini berpindah kepada mesyarakat dan perbelanjaan sara hidup kanak-kanak berkenaan diambil daripada Baitulmal orang-orang Islam ( tabung negara ).
    f. Setiap ahli keluarga berhak untuk mendapat keperluan hidup mereka seperti keperluan harta benda, pemeliharaan, kasih sayang ketika kanak-kanak, ketika tua dan lemah. Ibu bapa berhak untuk mendapat pemeliharaan rohani dan jasmani serta harta benda daripada anak-anak.
    g. Pangkat keibuan berhak dipelihara dalam keluarga kerana ia adalah sebahagian daripada ummah.
    h. Tanggungjawab keluarga adalah dikongsi bersama oleh setiap ahli keluarga, setiap orang mengikut kemampuan masing-masing, ia adalah tanggungjawab yang lebih berat daripada tangggungjawab seorang bapa dan anak-anak kerana ia merangkumi semua kaum kerabat.
    - ( Fasal 20) : Hak seorang isteri :
    a. Hidup bersama dengan suaminya
    b. Suami hendaklah menyara keperluan hidup isteri tidak kurang daripada keperluan hidupnya.
    c. Suami hendaklah menanggung sara hidup isteri setelah dicerai ketika dalam i'ddah dan isteri berhak untuk meminta upah penjagaan anak mengikut pendapatan ayahnya dengan tidak melihat kepada harta yang sedia ada.
    d. Isteri boleh meminta suami mencerainya dengan tebus talak (khulu') sebagaimana isteri juga berhak untuk meminta Kdhi supaya menceraikannya menurut syariat.
    e. Isteri berhak untuk mewarisi harta suami sebagaimana dia berhak untuk mewarisi harta ibu bapa anak-anak dan kerabatnya setelah mereka mati.
    f. Suami isteri mesti memelihara keaiban antara mereka, tidak dibenarkan menyebar rahsia antara mereka atau memberitahu kekurangan akhlak dan tubuh badan. Hak ini mesti dipelihara samada sebelum atau selepas diceraikan.

    Baca Selanjutnya...