Isnin, Oktober 06, 2008

AMARAN : HARAKAH OH HARAKAH, Pemuda PAS Negeri Sembilan sokong Harakah..

Saya selaku Ketua Penerangan DPPNS menyokong dan amat bersetuju dengan tajuk utama Harakah terbitan Aidil Fitri baru-baru ini. Saya melihat dari pelbagai sudut. Pertama, dari sudut percaturan politik masyarakat umum.. saya percaya dan yakin, Harakah terus berjaya mensensasikan agenda 'perubahan minda' sehingga 'Khurafat hanya umno yang boleh memerintah' benar-benar terhakis dari pemikiran umat Melayu khususnya. Tajuk yang sensasi tersebut telah berjaya menarik minat semua pihak untuk membaca dan meneliti kandungan ucapan Tuan Guru Presiden. Bukan mudah nak suruh masyarakat umum membaca minda  Tuan Guru Presiden yang sarat dengan ilmiah dan kematangan (sekaligus membaca tafsiran Al-Quran).
 
Kedua, dari sudut politik 'perubahan tampuk kepimpinan negara'.. saya percaya dan amat yakin, keadaan ini akan terus memeningkan umno dan mengkucar-kacirkan strategi mereka.. dalam keadaan politik gawat ini, kita perlu berundur selangkah untuk bertapak kedepan berlangkah-langkah dan seterusnya memberikan pukulan maut kepada bn dan umno.
 
Ketiga, inilah wajah sebenar perjuangan PAS, menunjukkan kepada seluruh dunia (sama ada dunia politik, intelektual, profesional, khalayak marhain dan lain-lain) bahawa PAS tak akan berkempromi dengan mana-mana usaha yang merugikan Islam. Tak nak bergabung dengan umno atas alasan ISLAM dan kita juga tak nak bergabung dengan sesiapa juga atas alasan ISLAM. Dan PAS rela dibubarkan juga atas alasan ISLAM.
 
Walau bagaimanapun, saya tetap meraikan lain-lain pandangan terutama pandangan daripada Ustaz Din Tantawi yang merupakan pimpinan Islam masa depan dan lain-lain pandangan yang kontra dengan harapan pandangan saya yang silap dan salah da pandangan mereka yang betul.
 
Saya rasa sampailah masanya, serahkah seketika kepada pucuk pimpinan untuk menunjukkan kepintaran dan kematangan politik. Kalau mereka tersilap langkah, bersedialah kita untuk memperbetulkannya.. (bersediakah ilmu, iman, ibadah kita??) atau (setandingkah ilmu dan ibadah kita??)..
 
Namun kepada pucuk pimpinan.. jangan memandang enteng pandangan dan teguran ahli-ahli bawahan, kerana tidak mustahil HIKMAH itu keluar dari mulut mereka..
Pohon ampun dan maaf atas segalanya, Selamat Hari Raya Eidul Fitri...
 
 
Berikut komen daripada blog Ustaz Din Tantawi...
 
Banyak SMS yang saya tidak kenali menerobos masuk ruang inbox dengan nada marah dan sinis kepada Tok Guru Presiden ekoran " AMARAN " yang disiarkan oleh Harakah bilangan : 1379 baru - baru ini .

Oleh kerana Harakah bilangan tersebut diterbitkan menjelang Aidil Fitri , sedang saya dalam perjalanan pulang ke kampung , maka saya tidak berkesempatan untuk membacanya .

Pagi ini masih ada lagi orang hantar sms dgn bahasa yang sangat tidak sedap didengar . ( apabila saya berkali - kali hubungi semula nombor handphone penghantar sms tersebut , senyap tanpa respon ) Lalu saya meminta jasa baik sahabat agar mencari Harakah bilangan 1379 untuk saya teliti terlebih dahulu .

Apabila saya membaca laporan mengenai ucapan Tok Guru Presiden ( di Majlis Ceramah Isu Semasa di Perkarangan Surau Hj Zainal Abidin Dungun ) , saya berpendapat : tajuk "AMARAN" adalah salah dan tidak wajar .

Cuba lihat bagaimana antara quote ucapan Tok Guru yang disiarkan " Kita ( PAS ) bersedia untuk mengubah kerajaan tetapi dengan syarat mestilah kerajaan itu lebih baik daripada yang sedia ada ( BN ) . Kita tidak mahu berubah kepada yang lebih buruk tetapi mesti lebih baik , dan dasar Islam menjamin keadilan buat semua rakyat. "

Saya percaya semua orang setuju dengan kenyataan tersebut. Tiada siapa mahu perubahan kerajaan tetapi sama atau lebih buruk dari kerajaan yang sedia ada . Maka ini mesti dibaca sebagai satu nasihat atau peringatan bukan amaran .

Perkataan amaran membuatkan pembaca resah serta merasakan Tok Guru ni terlalu radikal sedang realitinya Tok Guru sebagai pemimpin Gerakan Islam hanya mahu memastikan Islam terjamin , itu sahaja . Malah Tok Guru sangat bersedia untuk bersama dengan agenda perubahan.

Bahkan perubahan kerajaan ( at - taghyir ) terlebih dahulu telah digerakkan oleh Tok Guru sejak lama dulu , ( disaat orang yang bercakap pasal perubahan hari ini dulunya tidak mahu perubahan kerajaan sebaliknya mempertahankan kerajaan tersebut ) . Justeru itu sangat tidak wajar menempelak Tok Guru kononnya menganggu plan perubahan kerajaan ini dan menganggap Tok Guru tak buat kerja apa -apa untuk perubahan .

Tajuk yang selayaknya untuk Harakah paparkan ialah " Kerajaan Baru mesti Lebih Baik dari Kerajaan Sedia Ada "

Saya sekali lagi sangat yakin , tajuk sedemikian akan dipersetujui oleh semua pihak . Soal kenapa Harakah cenderung menggunakan tajuk AMARAN sebagai muka depan tidaklah saya ketahui . Tetapi saya mengharapkan agar Harakah boleh memikirkan atau menilai kewajaran pandangan saya .

Sebelum ini , saya juga cenderung menganggap malah itulah yang dikehendaki oleh Tok Guru ( apabila Tok Guru menyebut soal Islam mesti dominan atau Islam mesti terjamin dan perkataan - perkataan sama erti dengannya ) bahawa ianya adalah satu peringatan juga nasihat agar Islam tidak dipersiakan . Saya juga pernah menyebutnya sebagai lafaz Ta'lik . ( dengan maksud hubungan dan gerakkerja kita ke arah merubah dan menubuh kerajaan baru mestilah menepati syarat kita bersama dalam - tahalluf siasi - jika tidak menepati syarat maka hubungan kerjasama kita terbubar / batal )

Terdapat Hadith Nabi saw. yang menjadi satu kaedah penting dalam Islam. Hadith ini riwayat Tarmizi (hadith hasan sahih)
 
الصّلْحُ جَائِزٌ بَيْنَ المُسْلِمِينَ. إلاّ صُلْحاً حَرّمَ حَلاَلاً أوْ أحَلّ حَرَاماً.
والمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ، إلاّ شَرْطاً حَرّمَ حَلاَلاً أوْ أحَلّ حَرَاماً
Perjanjian adalah harus dikalangan muslimin kecuali perjanjian mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram . dan Muslimin berpegang kepada syarat - syarat mereka kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram .

Apabila peringatan dan nasihat diberi , ia tidaklah bermakna kita benci atau semata - mata tidak bersetuju dengan pihak yang diberi peringatan atau nasihat . Nabi saw. pernah bersabda :الدين النصيحةAgama itu adalah Nasihat .

Komen Pembaca