Isnin, Oktober 06, 2008

Hak Asasi Manusia Di Dalam Islam. Siri 5

7. HAK KEBEBASAN BERFIKIR DAN BERAGAMA
Kesatuan Eropah untuk memelihara hak asasi manusia :
- ( Fasal 9.1 ) : Setiap manusia berhak untuk bebas berfikir, berperasaan dan berakidah ( beragama ). Hak ini mencakupi kebebasan menukar agama atau akidah, kebebasan mengisytiharkan agama atau akidah dengan mengadakan syiar, mengajar, beramal dan memeliharanya sama ada berseorangan atau berkumpulan secara terbuka atau tertutup.
- ( Fasal 9.2 ) : Kebebasan manusia untuk mengisytiharkan agama dan kepercayaan terikat dengan undang-undang tertentu yang menjadi kemestian dalam masyarakat demokrasi demi keamanan orang ramai atau memelihara peraturan umum dan kebudayaan atau memelihara hak orang lain dan kebebasannya.
- ( Fasal 10.1 ) : Setiap orang berhak untuk membuat kenyataan. Hak ini merangkumi kebebasan berpegang kepada mana-mana pendapat dan memengemuka maklumat atau pendapat tanpa campurtangan kuasa kerajaan dan tidak melihat kepada sempadan negara. Dengan syarat tidak mengenepikan hak negara dengan meminta kebenaran untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penyiaran tv dan filem.
- ( Fasal 10.2) : Kebebasan ini mengandungi beberapa kewajipan dan tanggungjawab, oleh sebab itu harus meletakkan syarat-syarat, peraturan dan hukuman yang tertentu dalam undang-undang mengikut keperluan masyarakat demokrasi demi keamanan masyarakat, keselamatan tanah air, keamanan negara, memelihara undang-undang, menegah jenayah, memelihara kesihatan dan kebudayaan, menghormati hak-hak orang lain, menegah penyebaran rahsia atau menyokong sesuatu kuasa dan tidak menyebelahi kehakiman.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam :
- ( Fasal 11) :
a. Setiap orang berhak berfikir, menganut mana-mana kepercayaan, menyatakan pandangan dan akidah tanpa campur tangan mana-mana pihak selama mana bertepatan dengan peraturan umum yang dibenarkan oleh syariat. Oleh itu tidak dibenarkan menyiarkan berita palsu dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada perkara keji atau perkara yang boleh melemahkan ummah.
b. Kebebasan berfikir dalam mencari kebenaran bukan saja dibenarkan tapi ia adalah satu perkara yang wajib.
c. Menjadi hak dan kewajipan setiap orang untuk menyuarakan tidak puas hati dan menentang kezaliman dan boleh memperjuangkannya tanpa merasa takut berhadapan dengan pemerintah yang tidak adil dan zalim.
d. Tidak menjadi kesalahan menyebar maklumat yang benar melainkan maklumat yang boleh mengugat keamanan masyarakat dan negara.
e. Menghormati perasaan orang yang berlainan agama adalah daripada akhlak seorang muslim, oleh itu tidak harus seseorang itu mengeji kepercayaan seseorang dan tidak boleh menyeru masyarakat supaya memusuhinya.

8. HAK BERKAHWIN DAN PEMBENTUKAN KELUARGA
Akta Hak Asasi Manusia Kesatuan Eropah :

- ( Perkara 12 ) : Lelaki dan perempuan yang layak berkahwin, berhak untuk berkahwin dan membentuk rumahtangga menurut undang-undang negara yang membenarkan perlaksanaan hak ini.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam :
- ( Fasal 19) :
a. Perkahwinan adalah hak kepada setiap manusia, ia adalah satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak untuk membina keluarga, melahirkan zuriat dan menundukkan hawa nafsu. Suami dan isteri mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sesuai antara satu sama lain yang telah ditentukan oleh syarak.
b. Setiap suami dan isteri, masing-masing mempunyai hak supaya dihormati, dijaga perasaan dan keadaannya untuk memelihara kasih sayang dan hormat menghormati.
c. Wajib ke atas suami menanggung keperluan isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya.
d. Adalah menjadi hak seorang anak ke atas kedua ibu bapanya menjaganya dengan baik, memberi pelajaran dan mendidiknya. Tidak dibenarkan menjadikan kanak-kanak sebagai pekerja pada peringkat umur yang terlalu muda atau membebankan mereka dengan kerja - kerja yang tidak mampu mereka lakukan atau membantut pembesaran mereka atau menghalang mereka daripada mendapat hak untuk belajar dan bermain.
e. Apabila kedua ibu bapa kanak-kanak tidak mampu untuk menyara dan memelihara kanak-kanak berkenaan maka tanggungjawab ini berpindah kepada mesyarakat dan perbelanjaan sara hidup kanak-kanak berkenaan diambil daripada Baitulmal orang-orang Islam ( tabung negara ).
f. Setiap ahli keluarga berhak untuk mendapat keperluan hidup mereka seperti keperluan harta benda, pemeliharaan, kasih sayang ketika kanak-kanak, ketika tua dan lemah. Ibu bapa berhak untuk mendapat pemeliharaan rohani dan jasmani serta harta benda daripada anak-anak.
g. Pangkat keibuan berhak dipelihara dalam keluarga kerana ia adalah sebahagian daripada ummah.
h. Tanggungjawab keluarga adalah dikongsi bersama oleh setiap ahli keluarga, setiap orang mengikut kemampuan masing-masing, ia adalah tanggungjawab yang lebih berat daripada tangggungjawab seorang bapa dan anak-anak kerana ia merangkumi semua kaum kerabat.
- ( Fasal 20) : Hak seorang isteri :
a. Hidup bersama dengan suaminya
b. Suami hendaklah menyara keperluan hidup isteri tidak kurang daripada keperluan hidupnya.
c. Suami hendaklah menanggung sara hidup isteri setelah dicerai ketika dalam i'ddah dan isteri berhak untuk meminta upah penjagaan anak mengikut pendapatan ayahnya dengan tidak melihat kepada harta yang sedia ada.
d. Isteri boleh meminta suami mencerainya dengan tebus talak (khulu') sebagaimana isteri juga berhak untuk meminta Kdhi supaya menceraikannya menurut syariat.
e. Isteri berhak untuk mewarisi harta suami sebagaimana dia berhak untuk mewarisi harta ibu bapa anak-anak dan kerabatnya setelah mereka mati.
f. Suami isteri mesti memelihara keaiban antara mereka, tidak dibenarkan menyebar rahsia antara mereka atau memberitahu kekurangan akhlak dan tubuh badan. Hak ini mesti dipelihara samada sebelum atau selepas diceraikan.

Komen Pembaca