Selasa, Oktober 07, 2008

Hak Asasi Manusia Di Dalam Islam. Siri 6

9. HAK MENGASUH DAN MENDIDIK
Akta hak asasi manusia Kesatuan Eropah:
- ( Perkara 2 ) : Tidak dibenarkan menghalang seseorang daripada mengajar. Wajib ke atas negara apabila menentukan apa yang perlu diajar, menghormati hak kedua ibu bapa berkenaan apa yang dipelajari oleh anak-anak mereka berpandukan kepada kepercayaan agama dan falsafah mereka.

Perjanjian Kesatuan Eropah :
- ( Perkara 1.9 ) : Setiap orang  berhak untuk mendapat kemudahan yang setimpal untuk menjuruskannya kepada sesuatu pekerjaan, dengan tujuan untuk menolongnya memilih kerja yang sesuai dengan kebolehannya.
- ( Fasal 1.10) : Setiap orang berhak untuk mendapat kemudahan yang sesuai untuk latihan pekerjaan.
- ( Fasal 2.9 ) : Mana-mana pihak yang membuat perjanjian dengan tujuan untuk menjamin berterusannya sesuatu pekerjaan boleh menjuruskannya dengan memperbanyakkan peluang atau meningkatkan kuantiti yang mesti ada, memerlukan khidmat daripada semua orang dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pemilihan dan memajukan sesuatu pekerjaan serta meneliti dengan sebaik mungkin kelebihan dan kelayakan serta peluang pekerjaan pada masa akan datang. Dan khidmat ini sepatutnya diberi secara percuma kepada murid-murid sekolah atau orang dewasa.
- ( Fasal 2.10 ) : Tujuan jaminan berterusannya sesuatu pekerjaan yang boleh menjuruskan ke arah itu, keduadua pihak perlu membuat perjanjian seperti berikut :
a. Memperbanyakkan atau menggalakkan kuantiti yang mesti ada, melatih kesenian dan kemahiran kepada semua orang walaupun terdapat yang tidak berkemampuan di kalangan mereka, dengan membincangkan perkara ini dengan pertubuhan-pertubuhan pekerja serta mendapat jaminan terdapat kemudahan-kemudahan asas untuk seseorang itu menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi atau supaya dapat menyambung pelajaran ke peringkat universiti dengan kemampuan asas yang mereka miliki.
b. Memperbanyakkan atau menggalakkan sistem latihan untuk melatih lelaki dan perempuan dalam pelbagai pekerjaan.
c. Memperbanyakkan atau menggalakkan kuantiti yang mesti ada :
d. Peserta mendapat latihan sempurna dan mampu dipelajari oleh pekerja dewasa.
e. Peserta diberikan peluang mengulangi latihan yang sememangnya mesti mendapat latihan disebabkan kemajuan teknologi atau cara-cara moden dalam pekerjaan.
f. Menggalakkan peserta yang mempunyai kemampuan supaya bekerja  sendiri dengan  memberi kemudahan yang sesuai seperti :
g. Mengurang atau menghapuskan yuran atau cukai.
h. Memberi bantuan kewangan dalam keadaan-keadaan yang sesuai.
i. Jaminan masa bekerja yang telah dibiasakan menurut masa bekerja semasa latihan berdasarkan permintaan majikan sepanjang perkhidmatan.
j. Memastikan dilatih dengan sempurna sepanjang latihan, berbincang dengan majikan dan persatuan pekerja tentang kesan dan hadiah latihan dan berbincang dengan organisasi-organisasi lain supaya melatih pekerja yang masih muda dan pemeliharaan yang sempurna terhadap pekerja yang masih muda secara umum.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam :
(Fasal 21) :
a. Menjadi hak setiap orang untuk mendapat pelajaran berpandukan kepada kemampuannya.
b. Menjadi hak kepada setiap orang untuk memilih pekerjaannya dengan bebas, sebagaimana dia berhak untuk mendapat peluang memajukan kemampuan dirinya dengan sempurna.
c. Di sini dapat kita lihat bahawa perjanjian Kesatuan Eropah telah menyebut dengan teliti berbanding dengan kenyataan antarabangsa hak asasi manusia dalam Islam. Tetapi Syariat Islam sama sekali tidak mengabaikan penjelasan-penjelasan ini.( lihat fasal 3, bahagian 2 dan 4 serta fasal 4, bahagian 4 dan 6 ).

Komen Pembaca