Rabu, Oktober 08, 2008

Hak Asasi Manusia Di Dalam Islam. Siri 7

11. HAK KEBEBASAN BERHIJRAH DAN MENETAP
Akta hak asasi manusia Kesatuan Eropah ( Protokol tambahan yang ke-4:
- ( Fasal 2 ) :
1. Setiap orang yang menetap secara sah dalam mana-mana negara berhak untuk bergerak dan memilih tempat tinggal dalam negara tersebut.
2. Setiap orang bebas meninggalkan mana-mana negara walaupun negara asalnya
3. Tidak boleh mensyaratkan sebarang syarat dalam melaksanakan hak ini melainkan yang diwajibkan oleh undang-undang dan ketetapan dalam masyarakat demokrasi kerana untuk menjaga keamanan perkauman atau memelihara keselamatan rakyat atau untuk memelihara peraturan umum atau untuk mencegah jenayah atau kesihatan atau akhlak atau memelihara hak dan kebebasan orang lain.
4. Hak-hak yang dinaskan dalam ( fasal 2.1 ) mesti mematuhi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang di negara tertentu kerana kemaslahatan umum masyarakat demokrasi.
( Fasal 3) :
1. Tidak boleh menghalau seseorang yang menjadi warga negara dari mana-mana tempat dalam negara tersebut, sama ada orang perseorangan atau kumpulan .
2. Tidak boleh menghalang seseorang yang menjadi warga negara memasuki negara.
3. Dilarang menghalau orang asing secara berkumpulan

Perjanjian Kesatuan Eropah :
- ( Fasal 1.18 ) : Mana-mana pihak dari negara lain yang membuat perjanjian dengan rakyat sesebuah negara berhak untuk melakukan pekerjaan yang menguntungkan dalam negara tersebut sebagaimana rakan perjanjian, dengan memelihara syarat-syarat yang telah ditentukan kerana sebab-sebab ekonomi atau kemasyarakatan.
- ( Fasal 2.18 ) : Tujuannya menjamin pihak negara lain berhak melakukan kerja yang menguntungkan dalam negara rakan perjanjian, justeru mestilah mengikuti perjanjian seperti berikut :
1. Melaksanakan peraturan-peraturan dalam perjanjian dengan jujur.
2. Memudahkan urusan rasmi dan merendahkan atau menghapuskan bayaran mahkamah atau mana-mana bayaran lain yang mesti dibayar oleh pekerja asing atau majikan yang menggunakan pekerja asing.
3. Menyediakan undang-undang dan buku perlembagaan untuk kegunaan orang asing.
4. Negara mesti mengakui bahawa rakyatnya telah meninggalkan negara untuk melakukan perniagaan di negara rakan perjanjian.
Perhatian : Dapat difahami bahawa undang-undang ini tidak tertentu dalam masalah memasuki negara rakan perjanjian dan tidak mencacatkan undang-undang Kesatuan Eropah, khasnya muktamar di Paris yang bertarikh 13 Disember 1955M
- ( Fasal 1.19 ) : Pekerja-pekerja dan keluarga mereka yang berhijrah dari negara lain berhak mendapat hak pemeliharaan dan pertolongan di mana-mana negara rakan perjanjian.
- ( Fasal 2.19 ) : Untuk mendapat jaminan hak pertologan dan pemeliharaan pekerja dan keluarga mereka yang berhijrah di negara rakan perjanjiannya, mesti mengikuti perjanjian seperti berikut :
1. Memastikan sentiasa menyediakan perkhidmatan yang cukup dan percuma untuk menolong pekerja-pekerja ini, khususnya dalam masalah untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, semua urusan yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan negara khasnya dalam masalah berhijrah.
2. Membuat urusan yang sepatutnya berkaitan dengan tempat tinggal untuk memudahkan keluar masuk dan untuk menyambut pekerja-pekerja berkenaan dan keluarga mereka. Dan hendaklah terdapat perkhidmatan kesihatan dan berkeadaan kesihatan yang baik ketika masuk.
3. Menggalakkan supaya ada hubungan yang manasabah antara khidmat kemasyarakatan di antara negara tempat bekerja dan negara pekerja berkenaan.
4. Memberi keamanan berinteraksi setaraf dengan penduduk asal atau sama dengan rakan perjanjian kepada pekerja-pekerja yang tinggal di tempatnya menurut undang-undang, sekira perkara ini menurut kadar yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan perjanjian atau tunduk kepada pemerhatian dan pengawalan pihak berkuasa dengan syarat mengikuti perkara berikut :
a. Gaji dan syarat menerima jawatan serta keadaan pekerjaan.
b. Menyertai persatuan pekerja dan mendapat keistimewan persatuan pekerja.
c. Tempat tinggal.
5. Memberi keamanan berintereksi yang setaraf dengan rakan perjanjian kepada pekerja-pekerja berkenaan menurut undang-undang di kawasan mereka dalam masalah cukai pekerjaan dan dalam memberi pendapat serta hak-hak yang wajib kepada mereka.
6. Memberi kemudahan yang sebaik mungkin apabila pekerja-pekerja asing membawa bersama mereka keluarga ygan dibenarkan kepada mereka untuk menetap di sesuatu kawasan.
Perhatian : Untuk tujuan ini ditafsirkan "keluarga pekerja asing" dengan makna isteri dan anak anak-anak yang berumur kurang daripada 21 tahun.
7. Memberi keamanan berintereksi yang setaraf dengan rakan perjanjian kepada pekerja-pekerja yang dibenarkan kepada mereka untuk menetap di sesuatu kawasan dalam urusan undang-undang, khususnya di dalam perkara-perkara yang telah disebut dalam perkara ini.
8. Mesti memastikan tidak menghalau pekerja-pekerja ini selama mana tidak menbawa kepada bahaya kepada keamanan kaum atau melakukan perkara yang bertentangan dengan kepentingan umum atau sosial masyarakat.
9. Bertolak ansur menurut apa yang telah dibenarkan oleh undang-undang untuk memindahkan pendapatan atau harta simpanan mereka sebagaimana yang dikehendaki.
10. Menyambung keistimewaan dan memberi pertolongan yang telah ditetapkan dalam perkara (undang-undang) ini kepada pekerja-pekerja yang berhijrah menurut apa yang bertepatan dengan peraturan.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia dalam Islam :
- ( Fasal 23) :
a. Sesungguhnya negara-negara Islam adalah terdiri daripada umat yang satu maka setiap seorang Islam itu berhak untuk bergerak ke sana ke mari dalam mana-mana negara Islam.
b. Tidak dibenarkan sama sekali memaksa seseorang meninggalkan tempat tinggalnya atau menjauhkannya daripada tempat berkenaan tanpa sebab yang dibenarkan oleh Syara'. Bertepatan dengan hukum-hukum dalam (perkara 23.a) kenyataan antarabangsa hak asasi manusia dalam Islam. Asas umum yang disebut dalam (perkara 1 dan 2 ) perjanjian Kesatuan Eropah, khususnya dalam masalah yang berkaitan dengan penduduk-penduduk di negara-negara anggota Kesatuan Eropah.

Komen Pembaca