Sabtu, Januari 17, 2009

Kedudukan menjelang tengah malam

Pas Masih Menguasai Keadaan

Oleh MSO

SITUASI dan kondisi, harapan dan impian BN dan Pas untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu menjelang tengah malam ini masih tidak banyak berubah. Pas masih lagi dalam keadaan terbuka untuk menang, manakala BN pula dikatakan masih tertekan. Peluang BN bergantung kepada beberapa perkembangan terakhir yang dijangka berlaku secara drastik pada tengah malam ini dan pagi esok.

BN kini bermati-matian ingin menguasai undi kaum Cina yang sebelum ini kelihatan cenderung dan lebat kepada Pas. Dalam pilihan raya lalu undi Cina lebih 60 peratus jatuh ke dalam peti undi Pas yang meletakkan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu. Apakah peratus itu akan kekal? Selera pengundi Cina dalam pilihan raya lalu, mereka banyak berikan kepada Pas manakala untuk DUN kepada BN.

Satu lagi usaha BN ialah ingin menguasai undi luar berjumlah kira-kira 6,000. BN mensasarkan mereka akan memperolehi lebih 60 peratus undi luar. Para pengundi luar dikatakan mula bergerak masuk ke Kuala Terengganu. Bas atau kenderaan lain kini bersesak menuju ke Kuala Terengganu menyebabkan semua jalan masuk ke Kuala Terengganu jam teruk.

Beberapa orang koresponden yang dihubungi scara udara sekejap tadi mempunyai pendapat berbeza antara satu sama lain dalam memberi pandangan dan ulasan namun secara hepotesisnya memberi gambaran Pas masih positif.

"BN boleh menang sekiranya sesuatu yang ajaib berlaku," begitulah ulas seorang penulis dan pemerhati politik yang pernah aktif dalam Umno. Beliau tidak langsung menerima maklumat atau gambaran yang BN akan boleh menang sejak hari pertama selepas penamaan calon lagi.

Berbeza dengan pengamatan seorang pemerhati dan blogger, katanya; "Keadaan sejak 24 jam ini berubah di mana prestasi BN ada sedikit meningkat bila mana wang banyak ditabur."

Menurutnya kuasa wang akan merubah momentum yang ada kerana manusia biasanya lemah dengan wang. Bagaimana pun jelas bliau kalau rakyat Terengganu pandai berpolitik dan sudah merasakan Umno parti yang usang dan lapok mungkin mereka hanya menerima rasuah itu tetapi tidak akan terpengaruh dengan kuasa wang. Pun begitu beliau tidak berani memberi jaminan kerana sikap orang Terengganu berbeza dengan sikap pengundi lain khasnya pengundi Kelantan yang dianggap lebih tegas dan berani.

Ditanya bagaimana peluang Pas, beliau tidak berani mengatakan lebih dari itu hanya menjelaskan peluang keduanya 50 - 50.

Seorang pengawal di bilik gerakan Umno di kawasan kubu Pas di Wakaf Mempelam pula menyatakan sukar untuk BN menang. "Kawasan ini BN langsung tidak dapat masuk, saya duduk di sini pun tidak boleh buat apa-apa," akuinya. Baginya peluang untuk BN menang sangat tipis dan berpendapat hanya kuasa ghaib saja yang boleh menyebabkan BN menang. Ditanya apakah kuasa ghaib itu beliau tidak menjelaskannya maksudnya itu.

Seorang pemimpin Pas dihubungi pula memberi gambaran yang parti berkenana masih dalam keadaan bertahan. "Setakat ini kita bertahan dan harapan menang, insyAllah ada," katanya. beliau bimbang perkembangan esok akan merubah suasana. Menyelami kata-kata itu Pas juga tidak begitu optimis dengan situasi yang berlaku saat ini.

Manakala sorang lagi pemimpin Pas pula enggan bercakap alasan sibuk dan berjanji untuk menelefon semula, tetapi tidak berbuat demikian sampai ke saat ini. Apakah 'kesibukan' itu menggambarkan beliau kini dalam keadaan cemas?

Pandangan dari pejabat MB Ternegganu pula agak berani apabila salah seorang pegawainya berkata; "setakat ini BN kalau menang pun hanya 200 atau 300 undi sahaja." Inilah satu-satu analisa atau pun pandangan yang menyatakan BN akan menang manakala kesemua korespoden lain tidak memberi jalan kepada BN.

Wartawan kanan akhbar Inggeris pula hanya menyatakan keadaan masih ok bagi Pas. Beliau yang pada masa dihubungi berada di tengah Pekan (bandar) hanya gelak apabila diberitahu kedudukan BN kini sudah berubah mengatasi Pas. "Iya ke...?" tanya sambil ketawa tidak mempercayai.

Manakala seorang pemerhati yang rapat dengan pihak dalaman Umno secara jujur memberi tahu isu peribadi Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang digambarkan sebagai sombong dan elitis sudah berkurang. Isu itu kini seakan memakan diri Pas balik apabila timbul rasa simpati orang kepada Wan Farid.

"Isu ini telah diatasi secara perlahan oleh peranan isterinya yang turun berkempen dan menemui orang ramai menjelajahi dari rumah ke rumah terutamanya di Wakaf Mempelam," ceritanya.

Kesimpulan setakat ini apa yang boleh disimpulkan Pas masih lagi diberitakan mendahului BN. Manakala BN pula mengharap beberapa perubahan dan perkembangan hari esok. Paling ditakuti dan dibimbangi Pas ialah mengenai peranan polis. Pas dengan penuh debaran menanti sejauh mana polis bertindak secara profesional untuk mengawal keselamatan ataupun berperanan sebaliknya.

Jika diambil kira dan difahami kehendak Mohd Najib Razak yang BN perlu membayar seberapa banyak (kos) untuk menang, ini bermakna BN akan menggunakan seribu helah dan seribu daya untuk menang kerusi itu kerana jika BN kalah menunjukkan BN sudah ditolak oleh rakyat dan kemenangan Pas itu nanti memberi gambaran bahawa pilihan raya ke - 13 adalah milik Pakatan Rakyat dan Terengganu bakal menjadi milik Pas kembal

Komen Pembaca