Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPNS) dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas-petugas pemuda yang turut serta membantu kerja-kerja pilihanraya kecil (PRK) 036 Kuala Terengganu baru-baru ini. Bagi pihak DPPNS, amat berbangga dengan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada petugas-petugas pemuda untuk membantu bagi memperkasakan barisan petugas-petugas PAS Negeri Sembilan yang dihantar oleh Badan Perhubungan PAS Negeri ke Kuala Terengganu.
Ucapan terima kasih ini juga turut ditujukan kepada semua yang turut membantu di dalam menyumbang wang ringgit dan doa yang berterusan walaupun tidak sempat untuk bersama-sama berada di Kuala Terengganu. Apa yang pasti semuanya bertindak dan bergerak di atas hasrat yang sama iaitu untuk memastikan kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat di PRK 036 Kuala Terengganu dengan memberi sumbangan tenaga, idea, wang ringgit dan apa jua bentuk sumbangan ke arah kemenangan yang diharapkan.
Semoga kerja kuat petugas-petugas pemuda memperolehi keredaan dan ganjaran Alllah swt seterusnya diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan Islam bagi seluruh rakyat di Negara ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan khas buat teman-teman pemuda Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan yang turut bersama-sama membantu di dalam kempen PRK 036 Kuala Terengganu. Natijahnya, kemenangan telah pun berpihak kepada calon PAS dan ia adalah kemenangan buat semua petugas serta rakyat Malaysia seluruhnya yang mencita-citakan keadilan dan kesejahteraan.
“Berubah Untuk Kemenangan Rakyat”
Daripada :
Mohd Taufek bin Abd Ghani
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan.
Rabu, Januari 21, 2009
UCAPAN TERIMA KASIH BUAT PETUGAS PEMUDA PAS N9
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












Catat Ulasan